Wednesday, June 2, 2010

dilema

Dilema seorang insan
tiap insan diberi 2 pilihan
tiada ketiga mahupun keempat
tiada perkatan di antara benar dan salah
tiada perkataan di antara halal dan haram
kalau ada, ia hanya shubahat
dan adalah lebih ditinggalkan
tiada perkataan di antara di antara ya atau tidak
kalau adapun ia hanyalah mungkin
terlalu banyak alasan kita
terlalu banyak dalih seorang insan
yang salah tetap salah
yang benar tetap benar
yang hak tetap hak
dan yang batil tetap batil
tapi insan selalu membolak-balik
perkara batil dianggap benar
perkara benar dianggap batil
sehingga pada satu saat
kita terperangkap di antara hak dan batil
Dilema seorang insan
selalu terperangkap di antara keperluan dan kehendak
di antara nafsu dan akal
sedangkan panduan sudah di depan mata
rujukan sudah diberi
Al-Quran kitab panduan terbaik
menerangkan yang lepas, sekarang dan akan datang
tetapi insan tidak menghargai, tidak menghayati
bacaan hanyalah sekadar bacaan
terjemahan hanya sekadar erjemahan
tiada langsung penghayatan di situ
rutin hanya sekadar rutin
tidak pernah menghargainya
tidak pernah mensyukurinya
ke manakah hilangnya kesedaran itu?
sakit, pedih bila memikirkannyan
adakah hati sudah diliputi noda dan hitam?
ambillah masa berfikir sejenak
kita hidup bukan sia-sia
kita hidup bertujuan
dan tujuan itulah yang perlu kita cari dan hayati~

jangan terlalu leka dengan keselesaan wahai diri ini!


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Monday, May 10, 2010

baik:)

sesungguhnya Allah maha mengetahui

hari ibu baru sahaja berlalu
pesan mak selepas mengucapkan selamat hari ibu

'masa belajar jangan buat banyak dosa, nnti doa susah nak dimakbulkan'
meleleh air mata mendengarnya
walauapapun
semoga aku lebih berusaha untuk menjadi orang yang baik
baik disisi Allah
bukan hanya baik disisi manusia
berusaha!
hanya doa anak yang solehah diterima Allah




~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Thursday, April 22, 2010

ikatan?

maha suci Allah
Allah maha besar

Ya Allah, aku berteman kerana-Mu
bukan hanya sekadar berteman
bukan hanya sekadar perkenalan
aku tidak meminta lebih dari sebuah teman
jua tidak mengharapkan kekurangan dari sebuah persahabatan

perkenalanku,persahabatanku,
aku mencari keredhaan-Mu di situ
mengenal erti ketenangan dalam sebuah perkenalan
mencari kekuatan dalam sebuah persahabatan
mencari teman untuk sama-sama ke syurga

namun,
tidak semudah itu perjalananku,
tidak setulus itu niatku
terkadang aku menyimpang
terkadang aku terlalai
teman tanpa tujuan
teman tanpa arah
lalu sama-sama kami leka
leka dalam keseronokan yang sementara

tidak ya Allah!
bukan itu maksudku
bukan itu pintaku
dan bukan itu kemahuanku

Aku mahu berteman hingga ke syurga
teman yang sentiasa mengingatkanku kepada-Mu
tetapi aku tidak boleh bertepuk sebelah tangan
mengharap sahabat sebaik itu
sebaliknya akulah yang harus memulakan langkah
untuk menjadi teman yang sejati
bukan teman yang sempurna
kerana sifat itu mustahil bagi diriku
dan bagi dirinya


* dalam berteman ada pasang surutnya, terkadang masalah itu menjadikan kita lebih menghargai sebuah persahabatan dan dapat mengenal siapa sebenarnya rakan kita

** kasih sayang Allah tidak terbatas. Cinta yang Allah kurniakan tidak terhad hanya kepada sang Adam kepada Hawa. Hayatilah makna cinta. Seandainya cinta yang Allah berikan disalahgunakan, maka akan terlahirlah penghinaan dalam cinta itu sendiri.

***apa kene mengena dengan tajuk ikatan dengan apa yang aku tulis? ntahla~
mungkinkah ikatan persahabatan? hmm..



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Monday, April 5, 2010

4 + 1

berehat sebentar sambil mendengar bunyi cengkerik
di keheningan malam
masih banyak lagi yang perlu dibaca
teringat ceramah beberapa hari yang lalu
mengenai sikap yahudi yang berjaya
terkesan di dalam hati mengenai sikap mereka
dan sebenarnya kita, umat Islam lebih bernasib baik
andai sahaja kita mengetahuinya
tentu kita tidak akan mensia-siakannya

1-rajin
sebagai pelajar, kita memang patut rajin, lagi2 kalau mahu 'survive dalam bidang perubatan.
tak kisahlah sama ada rajin bertanya, rajin membuat nota ataupun rajin membaca. Apa yang penting kita kena rajin beribadah. Bukan hanya tertumpu solat di tengah malam sebab itu memang sukar dilaksanakan tapi kita boleh buat ibadah yang lebih mudah, iaitu bersedekah dan solat di awal waktu. maka rajin-rajinkanla tangan untuk memberi:)

2-tekun
kalau hanya setakat rajin je, tapi tidak tekun, maka keputusan ujian akan tetap sama.
Itulah kesimpulan yang boleh dibuat bile mendengar penerangan di dalam ceramah tersebut.
Macam mana nak tekun? kene ketahui kelemahan diri.kalau da tak boleh belajar guna muzik, tak payahlah nak pasang muzik tu kuat2, lagi2 waktu hafal. kalau hanya setakat baca sekali dua je, memanglah tak ingat. Pengulangan amat penting!

3-sungguh-sungguh
mungkin perkataan ini merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh.
tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan dengan panjang lebar

4-semangat kuat!
haa..kalau nak belajar, memang kene ada semangat yang kuat. Macam mana nak "maintain" semangat tu? maka kita haruskan tetapkan matlamat kita. Mula2, jangan terlalu tinggi, dan jangan jua terlalu rendah.Setkan dalam minda.Kalau tak pun, tulis kat kertas lepas tu tampal di pintu bilik. Paling senang buat reminder or notes dalam 'handphone'. Bila bukak je, akan terbacalah apa yang diimpikan.

5-keimanan
Ini adalah salah satu ciri khas yang hanya ada pada umat Islam, tiada pada yang lain.
Keimanan amat penting apabila kita mengalami kegagalan. Memang sedih, tapi dengan kegagalan itu akan menaikkan semangat kita, bukan makin putus asa sebab kita yakin dengan pertolongan Allah. Bak kata kawan saya, bila jatuh, bangun balik. tak payah nak duduk lama2 bila da jatuh tu.'simple' kan?

selalu je kita lihat, masyarakat bukan Islam yang mendominasi keputusan cemerlang.
kalau mereka boleh buat, kenapa kita tak boleh buat??
sedangkan kita punyai kelebihan
dengan syarat kita rajin,tekun,sungguh-sungguh, kuat semangat dan beriman!
insya-Allah boleh!!

Jika kau fikirkan kau boleh
kau pasti boleh melakukan
jika kau fikirkan kekalahan
kau hampiri kegagalan
jika kau fikirkan kemenangan
kau hampiri kejayaan
engkaulah apa yang kaufikirkan
terkandung dalam pemikiran
berfikir boleh melakukan
fikirkan boleh!
(sambil menyanyi lagu nie)
hehehe!
rangkap seterusnya da lupa~


saya belajar sesuatu daripada ceramah
'peranan pelajar dalam menangani isu palestin"
(lebih kurang macam tu lah tajuknya)
semoga kita dapat mengamalkan ilmu yang dipelajarI
secara istiqamah:)
amin~


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Thursday, April 1, 2010

penat
letih
lelah
dengan diriku
bunyinya macam tidak bersyukurkan??
ampunilah dosaku Ya Allah
tapi terasa badan ini selalu sangat dimanjakan
meradang dengan diri sendiri akibat terlalu penat
mengisi masa dengan pelbagai aktiviti
hingga terkadang meninggalkan buku-bukuku
"skemakah" aku??
kalau aku tak baca buku
siapala pulak nak bacakan untuk aku??
betul tak
tapi kalau masa terluang tidak disi dengan aktiviti berfaedah
secara automatiknya, perkara yang sia-sia yang akan mengisinya
ooohhh..tidak!
aku tidak mahu
biarlah penat, asal sahaja masa aku diisi dengan perkara berfaedah
daripada penat duduk-duduk di rumah
adalah lebih baik, aku membuat kerja lain
aku bukanlah seorang yang hanya mengadap buku sepanjang masa
dan bukan jugalah orang yang 'pick up' cepat (ayat tonggang terbalek ckit)
tetapi aku adalah seorang insan yang masih mencari diri
mencari kebenaran akan hakikat kehidupan
merasakan segala apa yang aku lakukan
akan berakhir dengan kebaikan atau keburukan
pahala atau dosa
semoga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi exam kali ini


*all the best kawan-kawanku:)
**semoga ilmu yang dipelajari mampu mencapai keredhaan Allah~







~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Tuesday, March 30, 2010

stress syndrome

baru pagi tadi belajar phop mengenai psychosocial hazard
tanda stress
tapi adakah aku stress sekarang
antara tanda2nya adalah day dreaming!
tapi aku rasa aku tak sempat pun day dreaming
terasa amat sibuk dalam sem 4 nie
jika nak dibandingkan dengan sem 3
tapi apabila aku sibuk
masa yang ada untukku adalah amat sedikit
tapi aku rasa berkualiti!
mungkin disebabkan masa yang sedikit
menyebabkan aku semakin menghargai masa yang ada
cuma terkadang kepenatan menguasai diri
maka masa yang diperuntukkan untuk belajar adalah sedikit
ditambah lagi dengan masalah yang ada
ia semakin menyesakkan aku
hingga ada satu masa aku bertanya kepada diri sendiri
apakah yang menjadi prioriti aku?
belajar untuk menjadi seorang doktor
masalah dalm pembelajaran yang aku harus utamakan
jangan biarkan masalah yang lain mendominasi diriku ini
seringkali aku terlupa
aku tidak dapat membezakan masalah-masalahku sendiri
dan itulah yang menyebabkan aku stress..
tapi walau apa pun
aku belajar
belajar untuk meletakkan prioriti dalam masalah yang aku hadapi
masalah yang perlu diselesaikan dengan cepat
aku harus dahulukan dengan memikirkan penyelesaian yang sepatutnya
bukan mencampuradukkan masalah dan tugasan dalam waktu yang sama
semoga hari-hariku diisi dengan masa yang berguna dan berkualiti:)



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Monday, March 22, 2010

cemburukah aku?

cemburukah aku bila mereka mendapat nasib yang tidak bagus
lantaran aku, hanya merasakan aku selalu bernasib malang
mampukah aku katakan bahawa aku bernasib malang
bolehkah kita hanya menilai sesuatu dari luaran?
sesungguhnya hati adalah milik Allah
kerana hanya Allah sahaja yang mampu mengetahuiya

seringkali kita kaitkan sifat cemburu itu dengan sesuatu yang tidak elok
apa kata kali ini kita melihat sifat cemburu itu dari sisi yang berbeza
semoga kebaikan yang akan kita perolehi daripada sifat cemburu itu
cemburu tandanya sayang betul tak?
tanpa sayang, tiada perasaan cemburu

adakah anda pernah merasa cemburu
melihat rakan anda berjalan berdua-duaan bersama dengan teman lelakinya?
adakah itu cemburu?

adakah anda pernah merasa cemburu melihat rakan-rakan lain
mempunyai 'handphone' terkini
maka untuk mengatasi rasa cemburu itu,
anda juga memiliki 'handphone' yang sama
atau lebih cantik dari handphone rakan
walaupun sebenarnya alat komunikasi yang anda miliki itu masih lagi baik

bagaimana pula perasaan anda apabila melihat kemesraan sahabat yang terjalin di antara 2 orang perempuan sehingga anda dapat merasakan indahnya ukhwah itu
adakah itu dinamakan cemburu juga?

adalah lebih baik apabila kita cemburu untuk situasi ketiga
setidak-tidaknya kita akan mengikut jejak langkah tersebut
dengan menjalinkan ukhwah kerana Allah
namun seandainya jika kita lebih cemburu untuk situasi pertama
kita akan cuba mencari teman lelaki yang lebih 'handsome' dan bergaya
kita memang tidak akan boleh lari dengan sifat cemburu ini
adalah mustahil itu menghilangkannya dengan sekelip mata
tapi kita boleh dorongkan sifat cemburu tu ke jalan yang lebih baik
contohnya cemburu bila terlihat rakan sebilik solat malam
si dia merayu, memohon ampun kepada Allah
sedangkan kita, menyibukkan diri dengan hal yang tidak penting
tidak ada rasa cemburukah kita?
apabila melihat orang lain berlumba-lumba melakukan kebaikan
kita hanya tetap berada pada satu posisi yang sama
merasakan segala amal ibadah sudah cukup

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun"
Al-Isra', 17:44



memang benar, manusia sering lupa
namun lupa itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak meningkatkan amal ibadah
memang benar, kita punya ilmu sedikit
tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus lalai
bukankah dalam hidup ini manusia sering mencari??
mencari dan terus mencari
untuk melengkapkan setiap satu kepingan (ala-ala permainan puzzle)
yang akhirnya apabila ia sudah lengkap sepenuhnya,
maka berakhirlah persinggahan kita dalam dunia ini:)

*saya selalu lupa, maka tolong ingatkan saya
** semoga kita sentiasa menjadi orang yang cemburukan kebaikan!
*** tengah duduk2 tunggu kawan tu, apa kata kita bertasbih memuji Allah:)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~