Sunday, October 24, 2010

jeles~

baru-baru nie
terasa kepenatan yang amat sangat
jalan skit je dah rase sangat penat
lepas baik demam
rasenye cepat je nafas nie naik turun
sebab tu senang je rase ngantuk
(alasan je tu) heh
ok2, straingt to the point

setiap apa yang berlaku terhadap diri kita
merupakan satu hikmah
sama ada kita mengambil pengajaran
atau tidak itu terpulang kepada kita
mengapa perlu ada rasa iri hati
mengapa perlu ada rasa tidak senang
melihat kebahagiaan orang lain
padahal Allah telah tetapkan sesuatu yang sesuai untuk kita
bukankah Allah lebih mengetahui hamba-hambanya?
sekalipun kawan rapat, keluarga tidak dapat mengenal kita yang sebenar-benarnya
kerana pasti ada rahsia yang tersembunyi
yang hanya diketahui oleh tuan empunya diri
dan Allah
andai ada rasa iri hati
terhadap kurnia nikmat yang dberikan
berfikirlah sejenak
patutkah aku mempersoalkan rezeki orang lain
bak kate pepatah
gajah depan mata tak nampak
kuman seberang laut boleh nampak
mohonlah kurniaan itu dari Allah
kerana Allah yang lebih mengetahui.

ini adalah peringatn untuk diri yang suke jeles especially sape yang dapat duit biasiswa tu.
hehe.
ok2, kene SABAR
sikit je lagi duit elaun masuk.


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Monday, October 4, 2010

oh saya yang kini

naik tahun baru,
perangai kene berubah
kene sentisa fikir positif. Dah tak boleh sedih-sedih.
biasela dalam hidup banyak dugaan
tapi dugaan itulah yang mewarna-warnikan hidupku sekarang:)
cuma sekarang tak sempat-sempat untuk menulis
kerja banayak tak berhenti-henti
bukan setakat homework sekolah aje
tapi terlibat dengan program yang tidak berhenti
meeting sana sini
kadang balek sampai lewat malam
dahlah rumah terceruk
hahaha
tapi tetap gembira
sebab bila kita sibuk,
kita akan lebih menghargai masa
nanti dah kerja lagila sibuk
upcoming event: Bandung Games!!!
wow..pertama kali dapat jadi ajk untuk event yang besar
semoga dipermudahkan segalanya!
:)))))))


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Thursday, July 22, 2010

sakit

life is a challenge
pernah tak rasa dah penat. Rase macam dah penat dengan segala-galanya. Dengan erti kata lain, dah berputus asa kah? oh tidak. Cuma terasa apabila kita tengah mendaki bukit, terjatuh kejap. bila terjatuh, bangun balek kan? Begitulah kehidupan. Terasa macam kita dah berusaha bersungguh-sungguh dan bila dapat hasilnye terasa tak seberapa. Nampak macam sangat tidak bersyukur kan? percayalah sebenarnya Allah nak kita berusaha dan berusaha lagi. mana ada waktu belajar tidak menyakitkan. Bukan tengah bercinta je saket. Waktu belajar pun sakit jugak tapi sakit kita adalah berbaloi. insyaAllah.

Satu lagi, perkara yang menyakitkan adalah bila kita melawan hawa nafsu, Siapa kate tak sakit. Hawa nafsu ini kadang kala meronta-ronta nak suruh kita buat kejahatan. Sakit betul tahan, tapi semoga ia berbaloi. insyaAllah:) Ye lah, mana taknya, Allah suruh kita bersyukur, tapi hawe nafsu nie meronta-ronta mengeluh tak cukup ini dan tak cukup itu. Dulu, kalau susah cari Allah, bile senang cikit lupe Allah. Itu tak mengapalah tapi yang paling teruk masa susah pun nak mengeluh dan tak ingat Allah langsung. Alahai hawe nafsu, degil betul kau.

kadang-kadang kene train hati supaya keras ckit bagi lawan hawa nafsu tu
selamat berjaya ye diri!
your self-talk!


ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, July 2, 2010

wake up!

bangun sahaja
aku akan memikirkan apa ynag telah aku fikirkan sebelum tidur
aku mencari diriku
aku tidak seperti Addin dalm cerita hlovate
aku juga tidak seperti watak2 lain yang pernah aku baca dalam novel
bukan diriku untuk meniru watak tersebut
dan bukan diriku untuk terpengaruh dengan watak2 yang ada dalam ceritera novel
namun kisah mereka,
dongeng mereka
fantasi mereka
memberikan aku pelbagai pengajaran
dan membuatkan aku berfikir
tidak semua kisah kita perlu diceritakan
namun apa yang telah dan akan diceritakan
tidak lain hanayalah untuk memberi pengajaran
kesilapan itu mesti
kenapa aku katakan mesti
kerana manusia tidak pernah sempurna
tidak perlulah diceritakan setiap satu kesilapan yang pernah dilakukan
cukuplah antara diriku dan DIA
namun kesilapan bukanlah hanya sekadar sekilapan
ia perlu diperbaiki dan diperbetulkan
ketidaktahuanku seringkali membangkitkan rasa benciku
i want to find the passion in everything that I do!
but sometimes that feeling-HATE, is a barrier for me
permulaanku untuk mejadi seorang pelajar perubatan
bukan cita-citaku dari kecil
kerana sebenarnya aku tidak tahu untuk menjadi apa
bila ditanya
aku sekadar menjawab
tiada perasaan ingin membuktikannya
apa yang aku tahu hanyalah aku ingin belajar
tapi itu semua sudah belalu
bagaimana permulaanku
aku jadikan ia sejarah
belum terlambat untuk aku mencari perasaan itu
perasaan sepenuh hati untuk belajar
aku ingin belajar
kerana aku ingin
bukan keinginan mereka
kesusahan itu tidak akan membunuh kamu
malah ia menjadikan kamu lebih kuat
mungkin kesusahan itu akan membunuh kamu
jika kamu menganggap ia adalah satu pedang yang tajam
yang bisa menusuk kamu
tapi anggaplah dugaan itu sebagai cabaran
dan dengan pertolongan Allah
kamu akan berjaya melepasinya walaupun ia sebilah pedang yang taja
All is well, All is well, All is well
apa yang aku dapati dari cerita tersebut
bukan hanya sekadar kata-kata
tetapi makna disebalik kata-kata tersebut
agar selalu bersangka baik
bersangka baik dengan Allah
dan secara tidak langsung
selalu memohon pertolongan dengan Allah
agar semuanya selamat.

SELAMAT BERJUDICIUM!

*judicium adalah di mana saat semua pelajar akan dipanggil dan akan menerima keputusan mereka pada hari tersebut:)



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Monday, June 28, 2010

senyumlah seindah suria:)


berehat di kala tutor




group 29 sem ke-4 (priya takde)

kami bersama-sama bermain boling:)


lunch di bsm

sempat cik hajar kite berposing masa maen bumper car!


candle light dinner (nie baru desert tau)

walau hanya sebentar kita bersama satu group
ia membawa kenangan manis
kami bersama sebagai satu group untuk semester keempat
terasa bagai baru semalam mendaftar sebagai tahun dua
dan ternyata sebenarnya tahun dua baru sahaja meninggalkanku
belajar di tempat orang memang banyak yang boleh dipelajari
kalau dahulu,
terasa jeles melihat kawan2 yang berada di luar negara main salji
tapi sekarang terasa jeles melihat rakan2 yang hanya belajar di Malaysia
betapa manusia ini tidak pernah merasa bersyukur
walau hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk pulang ke tanah air
tapi ia mengambil masa setahun untukku pulang ke tanah air
terasa sesak di dada
walau dicari kegembiraan itu bersama teman
walau dicari kegembiraan itu bersama aktiviti2
tetapi kerinduan tetap menjelma
apa kene ngan aku sekarang?
aku tidak tahu
rasa macam nak balek malaysia sekarang jugak
if only if
dah
takde kalau2
you have to be strong!
apapun, rasa gembira dapat keluar dengan mereka:)
semoga kami semua berjaya naik tahun 3



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, June 11, 2010

mereka berperang, saya berjuang!

di sana, mereka berperang
di sini saya juga berperang
cara kita berbeza
tetapi mungkin matlamat dan tujuan kita sama
semoga mereka yang berada di palestin diberikan kekuatan untuk tetap terus berjuang
dan saya akan tetap berperang
berperang dengan hawa nafsu, memboikot2 barang israel!
saya juga berperang dengan pena dan akal fikiran
peperiksaan akhir tahun dua
baru sahaja berlangsung:)
maafkan diriku andai ada yang terkecil hati
aku insan biasa yang cuba mencari keredhaan Allah dengan ilmu yang telah aku pelajari~
semoga diberi kemudahan untuk menghabiskan pelajaranku

jadual exam
7 -10 :OSCE
11 jun : final ethics paper (BHP)
14 jun : final public health (PHOP)
kewarganegaraan
15 jun : compre PHOP,
final community research program (CRP)
16 jun : Final Hematoimmunology system
17 jun : compre BHP
compre CRP
18 jun : lab CRP
21-24 : SOOCA
25 jun : compre HIS and dermatomusculoskeletal system

perjalananku baru sahaja bermula
jangan menyerah dan berusaha selagi mana yang boleh!

dont study last minute but study till the last minute:)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, June 2, 2010

dilema

Dilema seorang insan
tiap insan diberi 2 pilihan
tiada ketiga mahupun keempat
tiada perkatan di antara benar dan salah
tiada perkataan di antara halal dan haram
kalau ada, ia hanya shubahat
dan adalah lebih ditinggalkan
tiada perkataan di antara di antara ya atau tidak
kalau adapun ia hanyalah mungkin
terlalu banyak alasan kita
terlalu banyak dalih seorang insan
yang salah tetap salah
yang benar tetap benar
yang hak tetap hak
dan yang batil tetap batil
tapi insan selalu membolak-balik
perkara batil dianggap benar
perkara benar dianggap batil
sehingga pada satu saat
kita terperangkap di antara hak dan batil
Dilema seorang insan
selalu terperangkap di antara keperluan dan kehendak
di antara nafsu dan akal
sedangkan panduan sudah di depan mata
rujukan sudah diberi
Al-Quran kitab panduan terbaik
menerangkan yang lepas, sekarang dan akan datang
tetapi insan tidak menghargai, tidak menghayati
bacaan hanyalah sekadar bacaan
terjemahan hanya sekadar erjemahan
tiada langsung penghayatan di situ
rutin hanya sekadar rutin
tidak pernah menghargainya
tidak pernah mensyukurinya
ke manakah hilangnya kesedaran itu?
sakit, pedih bila memikirkannyan
adakah hati sudah diliputi noda dan hitam?
ambillah masa berfikir sejenak
kita hidup bukan sia-sia
kita hidup bertujuan
dan tujuan itulah yang perlu kita cari dan hayati~

jangan terlalu leka dengan keselesaan wahai diri ini!


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~