Tuesday, June 30, 2009

deep thinking


anda berfikir?

seringkali akal ini memikirkan segala perkara
dari perkara yang kecil atau yang besar
sehinggakan setiap cerita yang aku tonton
aku akan berfikir
menyebabkan kadang kala aku seperti tidak tidur
kerana otak yang penat bekerja
walaupun sedang tidur..
apekah ini sering terjadi kepada kalian?? ('~.^)

hmm..
apakah yang sebenarnya aku berfikir??
entahlah
tapi proses berfikir ini menyebabkan aku sering mendapat idea untuk merubah diri ini
untuk memahami setiap perjalanan hidup yang telah aku tempuhi
aku percaya setiap apa yang telah Allah jadikan itu tidak sia2
dan seringkali aku menemukan jawapan kepada permasalahanku yang berkaitan dengan emosi

namun....
aku masih tidak mampu mengaplikasikan dalam keadaan yang sebenar
masih lagi tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa dengan erti redha yang sebenar
sering kali kemarahan dan kekesalan terhadap diri membelenggu diri
mungkin hati ini yang terlalu memandang kepada keduniaan?

ya Allah
jangan kau jadikan nikmat yang aku alami ini sebagai satu jalan untuk aku menjauhi-MU
kadangkala aku berfikir adalah tidak baik untuk memikirkan hal itu secara mendalam
namun lain pula keadaannya apabila aku membaca tulisan harun yahya
yang berjudul 'deep thinking'
beliau menyangkal bahawa berfikir secara mendalam adalah tidak baik
berfikir secara mendalam bermaksud berfikir secara hikmah
apa yang dilakukan oleh kebanyakan manusia
apabila mempersoalkan deep thinking,
mereka akan lebih mempersoalkan keburukan berbanding dengan kebaikan
contohnya
apabila disebut tentang kematian,
orang yang bijak, dan beriman kepada Allah
memikirkan bahawa mereka hanya hidup di dunia yang sementara
kesedaran inilah yang menyebabkan si manusia ini tadi berusaha keras
untuk kehidupan yang kekal abadi
namun,
hal sebaliknya pula berlaku kepada manusia yang tidak memiliki keimanan yang kuat
mereka hanya memikirkan sesuatu perkara itu secara negatif
mereka berfikir kehidupan di dunia ini sementara dan bahawa satu hari mereka akan mati
hal ini menyebabkan mereka berputus harapan
kerana pada hakikatnya mereka menjalani kehidupan
tanpa mengikut perintah Allah
maka, perkataan MATI itu tiada dalam kamus kehidupan
kerana perkataan itu yang akan menyebabkan pekerjaan menjadi terbantut
dan harapan menjadi musnah
mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
(aku akan berusaha sedaya upaya!!semangat;p)

semoga aku dapat berfikir dengan lebih baik
dan semoga pemikiranku ini menjadi jalan untukku lebih mengenali Allah

"maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)?
mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
16:17

selamat berfikir kawan2!!:)

p/s: banyak ayat dalam al-Quran yang menyuruh kita berfikir
berdoalah agar pemikiran kita itu tidak menyalahi sunnatullah~


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

No comments:

Post a Comment

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)