Thursday, August 13, 2009

sejarah membosankan? [part 1]

dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasih

hmm..
hari ini aku berfikir lagi
apa yang telah aku lakukan selama cuti yang hampir 2 bulan?
berapa banyakkah buku ilmiah yang telah aku baca
atau berapa banyakkah pengalaman yang telah aku kutip
well..
helaian yang setebal buku teks harpers biochem pada mulanya menarik perhatianku
dan aku mula membacanya dari satu bab ke satu bab
tapi sampai sekarang tak habis lagi dibaca
jadi masa yang tinggal 2 minggu lagi nie,
akanku berusaha untuk menghabiskannya
namun
bagiku walaupun hanya setakat satu buku yang tebal
telah membuatku berfikir
(berfikir lagi?)
bahawa sejarah nabi amat penting
bukan hanya setakat nabi muhammad
tetapi kesemua 25 nabi yang waijb diketahui

sometimes we take things for granted
aku merasakan dahulu sejarah agak membosankan
kerana terpaksa menghafal satu-persatu peristiwa yang aku sendiri kadang-kala tidak mengerti
tu waktu zaman sekolah dululah
namun, masa yang berlalu pantas telah menyedarkan aku bahawa sejarah amat penting
sejarah juga menjadikan inspirasi dan motivasi
aku lebih suka memilih sejarah tentang kenabian dan para sahabat
kerana semangat yang mereka tonjolkan sangat luar biasa
jika aku berada di tempat mereka
adakah aku akan jadi seperti mereka?

namun apa yang pasti
minatku pada sejarah sedang berkembang
dan berharap ia tidak seperti hangat-hangat tahi ayam
aku ingin berkongsi dengan mereka tentang sejarah nabi adam
bila bercakap pasal nabi adam mungkin ramai yang sudah mengetahui bagaimana adam diciptakan, kemudian tinggal di syurga dan akhirnya telah dicampak ke dunia
tapi ada satu part yang menarik perhatianku
dan berharap kisah ini akan menjadi perkara yang bermanfaat bagi kita semua

....
kisah tersebut akanku ceritakan dalam next entry ku
insya-Allah:)







~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

No comments:

Post a Comment

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)