Saturday, April 25, 2009

kebertanggungjawaban

in one week..
i always keep thinking..
bout myself and the others..
this is not my conclusion,
but it is just my point of view..
its about attitude~
kadang kala kita tak perasan sikap kita yang buruk..
sehinggalah orang itu menegur..
ada orang yang tidak mahu menerima amanah kerana

  1. mungkin dia rasa dia tidak mampu untuk memikul tanggungjawab
  2. mungkin kerana terlalu takutkan kritikan dan kesalahan menyebabkan dia tidak berani mengambil risiko
  3. memang dia tidak kisah dan merasakan cukup untuknya hidup di dunia sendiri
sampai bilakah kita nak lari dari memikul tanggungjawab?
sedangkan kita hidup di dunia ini penuh dengan tanggungjawab
tanggungjawab sebagai hamba Allah
tangunggjawab sebagai anak solehah
tangunggjawab sebagai ibu
tanggungjawab sebagai rakan
tanggungjawab sebagai anak murid

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)


kadang kala kita merasakan..
"ah, takpe..kehadiran aku tak memberi efek pun pada mereka"
benarkah begitu?
pemikiran inilah yang kita tidak mahu
jangan salahkan orang lain apabila sesuatu kerja tidak sempurna
mungkin mereka masih lagi belajar untuk menangani segala masalah yang ada
kita yang melihat, harus menilai dengan rasional
bukan dengan emosional
cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat keburukan orang lain
jangan takut untuk menjalankan tanggungjawab
berusahalah sebaik mungkin

"maka apabila engkau telah selesai (dari setiap urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)" 94:7


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Tuesday, April 21, 2009

mencari diri


kadang2 rasa ok..
kadang rase cam useless..
kadang2 rase cam inferior..
perasaan tue dtg balek..
since msuk ssp kot..
perasaan tue bermula..
am i'm thniking too much?
sory, entry kali nie..
hanya diriku dan Allah je yang tahu:)

"...hanya kpd Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihan hatiku..." (12:86)

p/s: saya mahu jadi muslimah yang kuat, bukan muslimah yang lemah..
baik dan kuat perlulah seiring!:)

mahu bace artikel mengenai THE PASSIVE AMONG MUSLIMS?
click [here]

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Sunday, April 19, 2009

peristiwa bergambar

ramai yang bersengkang mata sepnjg mlm untuk menyiapkan maskot
(termasuklah saya)
rasa bersalah yg amt tggi kerana xtrut support dieorg
maen handball n basketball pd ari sabtu..
maka sy tebus dengan usaha utk m
enolong mereka membuat maskot


inilah hasilnya
alhamdulillah..
rmai yang menyumbang kepada pembuatan maskot nie;)
maskot kepenatan setelah
berlawan dengan maskot penyu dr rumah hijau!


untuk hiasan khemah


mereka yang kepenatan bersantai
di dalam k
hemah
tuju selipar!
antare slh satu permainan yg ada
ad gak glh pnjg,teng-teng,tarik tali..
go temenggung!!
teringt plak zaman kanak2




temenggung is hot to go..
H.O.T.T.O.G.O..AUUUMMMM!!

saya bekerja pada hari itu


inilah kerja saya! pengiring hadiah..
waa..banyak btul piala;)



sediakan payung sebelum panas
dan hujan
;p


hujan lebat!
sume duk je dlm khemah
waa..kami nak maen lagi..hehehe



(yg nie gmbr hiasan je)
tetibe..
sy yang duk ats pents sbg pengiring hadiah..
merasakan ada sesuatu yang akan jatuh..
apakah die?
waaa..akibat hujn yg lebat..pentas nak roboh!!
(ms tue rmai da blek sebb keadaan gelap..hanya ajk je yg tggl untk mengemskn piala yg xsempt nk bg)
kelam kabut~

smpi je bilik..
kepenatan setelah seharian bekerja
zzzzzzz


~apabila keikhlasan mengiringi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan..
akan terasa kepuasannya..walaupun temenggung tidak menjadi kontinjen terbaek..
tapi kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat dihargai..
jom thun depn kite wat lagi!

p/s: alangkah bagusnye kalau semangt saya dalam belajar sehebat ini;)


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Saturday, April 18, 2009

bersangka baik

niat di hati..
hendak menonton cerita house..
lame dah pinjam dengan fasya
tapi asik tak sempat nak tgk..
jarang sekali tgk cerita series sejak duk cni..
apatah lagi movie..
kalau tgk movie ngan kwn2 kat lap top..
dalam 30 minit je bertahan..
seterusnya..
saya akan berada di alam sendiri (zzzzz..hehehe;p)
rasa cam nak meradang sebb cd tu tetibe stuck je..
tapi..
cuba menenangkan hati..
mungkin ada hikmahnya..
cuba untuk bersangka baik dalam segala hal..
mungkin Allah nak suruh baca artikel BAIK (Biro Agm Islam Kubi)
tentang solat jama' dan qasar..
semoga kita diberi kekuatan
untuk mengamalkan setiap ilmu yang diberi
amal tanpa ilmu sesat
ilmu tanpa amal dimurkai

teringat satu doa Rasulullah SAW:

doa senjata umat islam

"Ya Allah, dengan penglihatan-Mu terhadap keghaiban dan dgn kekuasaan-Mu utk mencipta,
hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku dan matikanlah aku jika memang mati itu lebih baik bagiku.Ya Allah aku memohon kpd-Mu rasa takut kpd-Mu, baik dalam keadaan sepi mahupun dalam khalayak ramai, dan aku memohon kpd-Mu agar aku dapat mengucapkan kepadamu kalimat yang benar baik ketika marah mahupun ketika tenang.Aku memohan kepada keadaan yang sedang2 sahaja di antara kemiskinan dan kekayaan dan aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak akan habis. Ya Allah aku memohon kepadamu pandangan yang menyejukkan hati yang tidak pernah berakhir. Ya allah aku memohon kepadamu indahnya memandang diri-Mu dan aku memohon kepada-Mu rasa rindu untuk bertemu dengan-Mu dan lindungilah aku dari kesulitan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan. Hiasilah kami dengan perhiasan iman. Dan jadikanlah kami petunjuk bagi orang2 yg mendapatkan hidayah"
amin~

p/s:berusaha untuk bersangka baik dengan Allah dalam segala hal;)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, April 17, 2009

jumaat

pagi tu..
hati berdebar2..
tiap kali jumaat datang je..
perasan tu tak dapat nak dielakkan.
tiap kali lab activity..
ada je assgment yang kene wat..
jadi untuk memudahkan kerja..
kami membahagikan tugasan
tapi biaselah..
people always take things for granted
haa..
tetibe plak ari nie.
'each of you must do the assgment..otherwise, you may go out'
haa..
hati berdebar2..
kalo kira heart rate maunye 177 beats/min..
hehehe..
tapi boleh plak my group wat selambe duk je kat kerusi tue walaupun xsiap..
maka saya pun duk je dalam lab sambil menjawab dengan cepat
nasib baek tak kena soal
fuh~..

assgment pertama yg disemak
oleh lecturer (^-^)

tetibe rs cam balik sekolah semula..
every homework must submit and do by ur ownself..
then, ur assgment will be marked by the tutor..
adakah ia baik?
for me..
absolutely yes!!
hahaha..
sebab dengan itu, sy akan berusaha untuk menyiapkan semua tugasan..

BERITA SEDIH
kemudian..
saya mendapat berita bahawa..
mak kepada kawan saya sudah pergi
menghadap illahi..
semoga dia diberikan kekuatan oleh Allah
untuk menghadapinya dengan tenang..


p/s: saye lupe ari nie, sy x muhasabah diri lagi:(
kematian mengingatkan kita bahawa hidup di dunia hanya sementara
so, use ur tyme wisely!

" Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya" (17:36)


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, April 15, 2009

MAHA 09

terlebih dahulu..
nak ucap..
ampun dan maaf kepada cik pengarah (sedang bercti di bali!..jelesnye;p)
sebb terlmbt promosikan prgram kita..
insya-Allah..
muslimah batch 08
akan mengadakan satu program khas untuk akhwat sekalian..
MAHA= malam lailatul hurul ain (malam bidadari)






objektif program ini adalah:
1. merapatkan ukhwah di antara muslimah
2. mempamerkan ciri2 muslimah sejati
3. menunjukkan keindahan islam

jom sm2 kita meriahkan program nie..


p/s:walaupun ada yang kate mahal harge tue..tp apa salahnya kita berkorban ckit untuk merapatkan silaturrahim..indahnya ukwah itu seandainya ia diringi dengan keberkatan dari Allah

*kepada ajk MAHA, jom buat kerja kerana Allah!
moga tak sia2 pengorbanan anda sekalian;)



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Sunday, April 12, 2009

empat hari

yay!!!!
hari itu last paper..
semua orang tak sabar nak habiskan..
masa 30 minit je..
tapi..
dalam 20 minit..
da ramai yang keluar
ada yang nak balek msia..
ada yang nak g jalan2..
ada jugak yang nak practise(untuk rumah sukan)
saye plak bnyk bende nak buat~

tapi sekarang sudah habis cuti..
sekejap je..
hmm..
ari rabu pnuh dengan meeting..
ari khamis pergi ke klinik
ari jumaat maen pingpong!! (thnks aiza sbb jd my partner)
alhamdulillah..walaupun di tempat ketiga..
tapi saye hepy(^-^)
ari sabtu pergi hospital

"kamu pergi hospital dengan sape? saye pergi sorng2 je lah.. ish3..xtkut ke? dahla tmpat orang.."
xpe2..saya boleh pergi sorang..
al-Islam tu dekat je
tu je jawapan yang mampu diberi..
sya bukan xnk ajak kamu..
saye bukn xnk ajak kawan..
tapi kamu semua sibuk dengan merentas desa..
saya mahu sokong korang..
maaflah tak dapat join untuk tahun ini..
nak cheer jap..
temenggong is hot to go..
H.O.T.T.O.G.O...auuum!!
saya mahu join outdoor activities..
tapi kesihatan tidak mengizinkan..
maka saya masuk pertandingan ping pong dan carom..
itu dah membantu jugak kan?

kadang2..
bila kita berhadapan dengan sesuatu perkara..
adakala kita terpaksa melakukan sendiri..
adakala kita terpaksa berusaha sendiri..
bukan bermakna tidak mengharapkan pertolongan orang lain..
keberanian itu datang dalam keadaan terdesak..
keberanian itu datang dalam keadaan terpaksa..
mungkin
apabila kita berseorangan kebergantungan kepada Allah lagi tinggi
mengharap bahawa Allah sentiasa bersama kita
di sebalik itu juga
saya dah tahu jalan ke al-Islam!!
alhamdulillah selamat sampai

tapi di sana
kesabaran saya diuji
penat
letih
ataupun marah?
mungkin hati saya masih tidak kuat
di tengah2 penantian itu
air mata nie
lagi ckit je nak jatuh
sebab apa?
sebab tunggu nak amek ubat tu lama sangat
entahlah
tergelak balik je bila terinagt peristiwa tersebut
saya buka buku tersebut
saya baru je baca buku tersebut
dalam satu jam setengah penantian itu
saya boleh banyak muka surat
tapi saya sangat ngantuk
terhengguk-hengguk menunggu nama dipanggil

bukan sekadar membaca tapi
mahu menghayatinya juga~



akhirnya saya pegang je buku tersebut..
dan tido..
walaupun di tengah ramai pesakit
hehehe

APA DAH JADI?

saya tidak tahu..
apa dah jadi dengan saya..
saya sangat penat..
saya rasa macam tak larat
perasan saya sering terusik..
saya tidak mahu jadi cam nie!!
bila tahta hawa nafsu diambil alih..
dan akal hanya duduk terkaku..
beginilah jadinya..
mungkin saya harus menilai kembali
amalan yang dilakukan..
mungkin saya harus menilai kembali hubungan dengan Allah..
hubungan sesama manusia..
hubungan sesama alam..
ok..
perjalanan mencari diri..
dan hakikat ketuhanan masih jauh..
yaa..
kamu boleh!!
teruskan berfikir!
cuba memberi semangat kepada diri sendiri:)

cop2..
abis tue..
ari ahad kamu wat pe?
saya menulis blog!
hehehe

p/s: esok kelas da mula balik!!

" ...Katakanlah, 'Adakah sama orang2 yang mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui? '. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" (39:9)


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, April 8, 2009

kita sama

hati ini milik Allah~

" salam..waed, aku tgh sedih, xtau nape xbersemngt nk stdy..tggl 2 mggu je lg..tiap kali stdy, ak asyik terfikir ak xdpt skor sbb ad 3 sbjek killer..lect kate memg senior dulu pun sush nk skor..aku rsau tkut xdpt pointer above 3..sory la ak tau ko pun rsau exam ko tp ak xtau nk minx nsht sp."


sesaat bila mana mendapat mesej tersebut..
[dari malaysia tu:)..hehehe]
apa yang ingin aku jawab?
adakah nasihat seperti biasa yg ingin aku berikan?
mungkin si dia akan berkata..
'senangla kau kata, kau pandai.., kau tidak berada di tempatku'
hmm..
mungkin aku akan memberitahu apa yang telah aku dapat daripada ceramah..
yang bertujuan disampaikan untuk yang tengah menghadapi peperiksaan
dan pengalaman aku yg hampir serupa dengan kawanku..
aku masih lagi tidak mengerti penghayatan dalam makna tawakal itu sendiri..
mungkin dari segi teori..
memang mudah untuk dilafazkan..
tapi tidak bagi perlakuan..

kawanku,
pernah tak kau rasa sedih sepanjang masa?
kemudian kau menangis..
habis menangis je, kau penat..
pastu tidur?
si dia tergelak dan mengiakan..
betul2!! (gaya si ipin dan upin)
aku juga turut tergelak kerana aku mengalami perkara yang sama..
tenaga yang kau da itu..
telah kau habiskan diri dengan kesedihan yang menyelubungi dirimu
maka, jalan yang terbaik adalah mengatasi kesedihan itu dengan kegembiraan..
lawan dari kesedihan adlah kegembiraan..
bagaimana untuk gembira?
apabila kesedihan itu menyelubungi kamu,
carilah ruang untuk bersama2 rakan..
dengan erti kata kau dapat melupakan kesedihan..
lihatlah alam di sekeliling..
terlalu banyak yang kau tidak memerhatikannya..
kita boleh sedih,
tetapi jangan sampai kesedihan itu meyebabkan kita terjerumus ke dlm dosa..
di mana dengan kesedihan itu kita menjadi sangat lemah..
sehingga meninggalkan perkara hal2 yang diperintahkan..
maka dari segi konteks kita sebagai pelajar,
jangan jadikan kesedihan sebagai penghalang untuk belajar.
yang akhirnya kita lebih banyak masa tidur..
jika kamu penat,
tidurlah,
kemudian bangunlah kembali dan teruskan dengan belajar.
ceriakanlah dirimu,
segala bermula dari minda~


jika kau merasakan tidak puas meluahkan perasaan dengan manusia..
luahkan perasaan itu dengan Allah..
tanpa meluahkan pun Allah tetap tahu,
tetapi tidak ada salahnya jika kita mengadu kepada Allah..
"tapi, aku nie dah jarang solat tahajud.. tu yang susah ckit"

bukan hanya melaui solat tahajud sahaja kita boleh meluahkan segala-galanya kepda Allah..
solat fardhu pun boleh..
zuhurke, asar ke..xkisah
kalau ko meletakkan syarat yang terlalu berat untuk dirimu mendekatkan diri kepada Allah..
kau akan rasa sangat berat dan tidak mampu mencapainya..
mungkin kau boleh meningkatkan lagi penghayatan kau dalam solat2 biasa..
carilah ketenangan di situ..
kau akan temuinya..
bukan dalam masa yang sekejap..
tetapi ia mengambil masa yang lama..
di situlah terujinya kesabaranmu..

mungkin aku cakap terlalu banyak..
dan kau mungkin merasakan berat untuk melakukannya
ambillah apa yang sesuai untuk dirimu..
dengar suara hati kamu
aku hanya memberitahumu mengikut pengalamanku
dan apa yang aku fahami dari sudut pandanganku~

*alamak, saya xingt sume apa yg telah dicakapkan..
mungkin ad sedikit pengubahsuaian tapi isinya tetap sm:)

"dia Allah berfirman, 'berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?'.Mereka menjawab, 'kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari,maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung. Dia (Allah) berfirman,' Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar2 mengetahui" 23:112-114

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

pembuka kata:)

disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan..
terpaksalah aku membuat link yang baru..
hehehe..
apa pun..
semoga kita sama2 dapat berkongsi idea..
apabila anda sekalian membaca penulisanku..
moga ada sesuatu yang dapat dijadikan pedoman ataupun pengajaran..
aku tidak mampu memberikan maklumat yang mantap dan penuh dengan idea..
tetapi yang aku berikan adalah sedikit ilmu dari pemikiran yang cetek..
yang masih lagi mencari..
yang masih lagi ingin mengenal dan mengungkap rahsia alam..
selamat berkongsi:)