Tuesday, June 30, 2009

deep thinking


anda berfikir?

seringkali akal ini memikirkan segala perkara
dari perkara yang kecil atau yang besar
sehinggakan setiap cerita yang aku tonton
aku akan berfikir
menyebabkan kadang kala aku seperti tidak tidur
kerana otak yang penat bekerja
walaupun sedang tidur..
apekah ini sering terjadi kepada kalian?? ('~.^)

hmm..
apakah yang sebenarnya aku berfikir??
entahlah
tapi proses berfikir ini menyebabkan aku sering mendapat idea untuk merubah diri ini
untuk memahami setiap perjalanan hidup yang telah aku tempuhi
aku percaya setiap apa yang telah Allah jadikan itu tidak sia2
dan seringkali aku menemukan jawapan kepada permasalahanku yang berkaitan dengan emosi

namun....
aku masih tidak mampu mengaplikasikan dalam keadaan yang sebenar
masih lagi tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa dengan erti redha yang sebenar
sering kali kemarahan dan kekesalan terhadap diri membelenggu diri
mungkin hati ini yang terlalu memandang kepada keduniaan?

ya Allah
jangan kau jadikan nikmat yang aku alami ini sebagai satu jalan untuk aku menjauhi-MU
kadangkala aku berfikir adalah tidak baik untuk memikirkan hal itu secara mendalam
namun lain pula keadaannya apabila aku membaca tulisan harun yahya
yang berjudul 'deep thinking'
beliau menyangkal bahawa berfikir secara mendalam adalah tidak baik
berfikir secara mendalam bermaksud berfikir secara hikmah
apa yang dilakukan oleh kebanyakan manusia
apabila mempersoalkan deep thinking,
mereka akan lebih mempersoalkan keburukan berbanding dengan kebaikan
contohnya
apabila disebut tentang kematian,
orang yang bijak, dan beriman kepada Allah
memikirkan bahawa mereka hanya hidup di dunia yang sementara
kesedaran inilah yang menyebabkan si manusia ini tadi berusaha keras
untuk kehidupan yang kekal abadi
namun,
hal sebaliknya pula berlaku kepada manusia yang tidak memiliki keimanan yang kuat
mereka hanya memikirkan sesuatu perkara itu secara negatif
mereka berfikir kehidupan di dunia ini sementara dan bahawa satu hari mereka akan mati
hal ini menyebabkan mereka berputus harapan
kerana pada hakikatnya mereka menjalani kehidupan
tanpa mengikut perintah Allah
maka, perkataan MATI itu tiada dalam kamus kehidupan
kerana perkataan itu yang akan menyebabkan pekerjaan menjadi terbantut
dan harapan menjadi musnah
mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
(aku akan berusaha sedaya upaya!!semangat;p)

semoga aku dapat berfikir dengan lebih baik
dan semoga pemikiranku ini menjadi jalan untukku lebih mengenali Allah

"maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)?
mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
16:17

selamat berfikir kawan2!!:)

p/s: banyak ayat dalam al-Quran yang menyuruh kita berfikir
berdoalah agar pemikiran kita itu tidak menyalahi sunnatullah~


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Sunday, June 28, 2009

amal islami

Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.


Di sini saya nak beri tag message ini pada:

*alang*

*hawe*

*suhaila zulkifli*

*khalifatullah*

*aiza*

*fitrilina*

*abang helmi*

p/s: tetap xcukup 10 org..hehehe

xpe..at least ad org da di tag:)

*********************

meh, saya nk cerita satu kisah:

satu hari ada orang kafir yang miskin dan compang camping pakaiannya bertemu dengan seorang muslim yang kaya raya (maaf xingt namanya) dan bertanya kepada beliau

"aku pernah mendengar bahawa dunia ibarat penjara dan penjara bagi seorang muslim, tapi aku melihat keadaan itu berbeza bagi aku dan engkau" (sebab org kafir tu miskin, yg org islam tu plak punyela kaya)

maka jawab si muslim tadi,

"rumah dan harta yang banyak bagi seorang muslim jika nak dibandingkan dengan apa yang akan diperoleh di akhirat nnti jauh lebih baik dr segala kenikmatan di dunia..tapi bagi seorang kafir, semiskin mana dia di dunia itu adalah lebih baik berbanding dengan miskinnya di akhirat yang penuh dengan azab dan siksa neraka"

mendengar jawapan itu, si kafir tadi lantas mengucapkan kalimah syahadah

jadi boleh wat kesimpulan kat sini,

islam menggalakkan umatnya untuk berjaya di dunia dan di akhirat (hari2 kita berdoa rabbana atina fiddunia hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina azabannar)

orang yang menghayati erti doa ini, dia akan bersungguh2 untuk mencapainya namun pada masa yang sama kejayaan dan kekayaan yang diterima di dunia ini tidak menjadikannya lalai malah menjadi satu jalan untuk dia lebih berbakti di jalan Allah kerana dia tahu segala apa yang berlaku ke atas dirinya bukan sia2 tetapi adalah sebagai ujian untuk hidup kekal bahagia di akhirat kelak.

semoga kita sama2 berusaha mencapainya!!

amin~

p/s: cerita ini telah disampaikan secara lisan oleh kang indra, maka ada pengubahsuaian pada perkataan namun isi yang ingin diutarakannya adalah sama


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Tuesday, June 23, 2009

ok..saya menjawab tag mereka:)

Apa perasaan anda sekarang?
bengang sebb ms nak tgk drama hanayori dango 1, die stuck plak..('~.^)
(nie mesti Allah nak sruh wat bende lain yang berfaedah ckit..hehehe)

Saya nak makan..?
masak lemak cilik api ngan asam pedas!!nyum;)

Saya tak suka ..?
bile da fikir apa nak ckp
tapi yang kuar dr mulut laen plak..adoii

Impian saya?
bercuti di mekah

Haiwan yg saya tak suka?
katak? waa..
(jwpn nie berubah ikut keadaan semasa..hehehe)
p/s: saya hanya TAKUT kucing ye, bukan xsuke

Saya harapkan?
saya boleh survive dalam medical stuff n things..amin:)

Jika boleh putarkan masa?
bukankah perkataan jika tu merujuk kepada kalau?
dengan berjalannya masa, maka kita lebih memahami diri
dan kesilapan yang telah kita lakukan
tak yah nak putar2 kan mase tu


Saya pada 10 tahun akan datang?
-seorang isteri
-seorang ibu
-seorang doktor
-seorang lecturer
insya-Allah

Handphone saya adalah sebuah?
alat komunikasi!!
kdg2 wat cek result bile tyme internet bengong..;p

Saya pernah bercinta sebanyak?
hmm..banyak kali..ngeh3~
cinta kepada keluarga
cinta kepada alam..hehehe
dan sekarang saya berusaha mengejar cinta..
ya..cinta yang hakiki
sgtlah payah untuk mendapatkannya..dan saya yakin boleh!!
insya-Allah:)

Saya suka pada?
ketenangan
dan ketenangan itu hadir apabila saya menghadap Allah di malam hari


Kawan² saya?
cool!! understanding n sometimes spastik!! ngeh3~
(spastik ini ditujukan khas utk jiha, epo n aiza..hahaha)

Pernah dikhianati?
hmm xkot..
ataupun saya x perasan??


Apa yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
mendoakannya agar saya dan dia sentiasa
berada dalam keampunan Allah

Senaraikan 6 orang untuk ditag.
*bella*
*k.fana*
*has*
*haikal*
*suhaila zulkifli*
*naida*




~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, June 19, 2009

diari ayah

ayah
pengorbanan ayah bukan mudah untuk dilafazkan dengan kata2
bukannya manis untuk diluah sebagai kenangan
helaian demi helaian yang terpatri dengan kemas di ingatan
akak buka satu persatu

ayah
akak tahu
saat ayah berada dalam kesusahan
raut wajah ayah sudah cukup menggambarkannya
ayah
maafkan akak
saat itu, akak mengeluh
mengapa lauk yang sama diberi setiap hari?
adakah tidak ada lauk lain?
akak meronta2 inginkan lauk yang kain
tapi
akak tidak tahu kesusahan ayah pada waktu itu
sehinggalah air mata ayah jatuh
di saat itu rasa bersalah menggunung tinggi
mana mungkin akak mengeluh
mana mungkin akak tidak bersyukur
padahal lauk itulah yang menjadi kegemaran akak
lauk itu jugalah yang mampu dihadam di kala demam menyerang
dan sejak itu..
akak sudah menyesal
tidak mengungkit kembali

ayah
masih ingatkah ayah?
di saat libasan pertama ayah menggunakan tali pinggang terhadap akak?
betapa nakalnya akak pada waktu itu(^.^)
walaupun tidak cukup kuat
tapi hukuman itu cukup kuat berbekas di hati
agar menjadi seorang anak yang baik

ayah
akak tahu
saat orang lain bekerja
ayah juga bekerja
menjaga kami dari kecil hingga besar
memasakkan lauk kegemaran kami
dan ayah jugalah yang mengajarku memasak
ketidakmampuan ayah untuk mencari rezeki yang cukup
ayah gantikan dengan kasih sayang
ayah gantikan dengan masa yang terluang untuk melihat kami membesar
dahulu ayah mampu memberikan apa yang kami mahu
tapi mungkin akak terlalu kecil untuk menilai erti kemewahan itu
namun masalah yang melanda
tidak menjadikan ayah berputus asa
ayah cuba sedaya upaya untuk tidak mengharapkan emak
cuma kadangkala akak bertanya
adakah hanya setakat itu yang ayah mampu?
terasa ada bibit kemarahan kerana meletakkan bebanan itu pada emak

dan bertahun-tahun kemudian..
akak mendapatkan jawapannya
saat itu
akak tidak mampu berkata apa
tidak mampu menenangkan ayah
hanya melihat air mata ayah jatuh untuk kedua kalinya
ayah meluahkan segala keresahan dan kegelisahan yang bersarang
yang tidak mampu ayah luahkan di hadapan emak
menurunkan ego seorang lelaki di hadapannya
berharap agar akak mengerti penderitaannya
dan akak merasakan bebanan yang amat berat ketika itu
akak pendamkan perasaan itu
tanpa ada siapa yang tahu
kerana tiada siapa yang akan memahaminya
kecuali Allah

ayah
akak tahu
langit tak selalu cerah
hidup tak selalu indah
tapi kerana liku2 hidup itulah yang membuat kita lebih memahami pengertian hidup
semoga ayah sentiasa berada di dalam keredhaan Allah
dan semoga segala pengorbanan ayah diberi pembalasan di akhirat kelak;)
akak sentiasa mendoakan ayah


gaya si ayah yang ingin mengalahkan anaknye;)
ok2..ayah saye menang!


ayah
akak tahu ayah tidak banyak berbicara dengan akak
tidak pandai berbual dengan akak
mungkin ada rasa janggal di antara kita tatkala suara bertemu suara di telefon
hati terasa ingin berkata
tapi kelu lidah mengatasi segala-galanya
namun jarak itulah yang lebih membuatkan akak lebih banyak berfikir
bahawa peluang tidak selalu hadir
untuk akak mengucapkan
SELAMAT HARI BAPA!

sayang ayah;)

p/s:hari bapa di malaysia adalah 21 jun tp saya da post awal2 sebab hari2 adalah hari bapa n hari ibu saya;)



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Thursday, June 11, 2009

kamu cantik?

scene 1
"yana, nnti boleh tolong jadi pengapit tak?
ak tak nak jadi pengapit, malulah muka tengah banyak jerawat, tak cantik"

atau

"laki tu hensem..tapi perempuan kat sebelah dia tak berapa cantiklah" komen si A

atau

"sapelah yang nak kat aku nie, dahlah tak cantik..kalau kau lainlah
sure ramai yang terpikat dengan kecantikan kau"

pada lumrahnya manusia inginkan kecantikan
cantik pada pandangan manusia
agar bertambah keyakinan diri
kecantikan fizikal itu terlalu subjektif untuk dinilai
kadang-kadang akan wujud rasa rendah diri sebab dirinya tidak secantik orang lain
merasa sedih kerana hanya disebabkan jerawat yang muncul dan hilang
itu memang lumrah
tapi kadang kala lumrah itu sering disalahertikan
kecantikan yang ada padanya disalahgunakan
kecantikan yang ada padanya digunakan untuk menarik perhatian sang adam
hingga timbul rasa bangga terhadap diri sendiri

kalaulah cantik itu dipandang hanya dari luaran
sudah tentu ramai manusia yang tidak lengkap dan merasa diri itu hodoh akan merasa tersisih
akan merasa terpinggir
tapi persoalannya sekarang ramai yang menjadikan kecantikan itu sebagai first impression
kecantikan menjadi kayu ukuran untuk memulakan bibit-bibit perkenalan
bagi saya bukan semua orang menganggap begitu
seandainya mereka hanya memandang pada kecantikan luaran
sedarlah anda bahawa anda beruntung kerana tidak mempunyai seorang kenalan seperti itu
kerana apabila ditimpa kecelakan yang menyebabkan anda hodoh atau buruk
mereka akan meninggalkan anda!


perlu diingat bahawa Allah itu maha adil..
Allah tidak hanya menjadikan manusia itu secara jasad tetapi juga roh
yang mana kecantikan manusia tidak dinilai secara fizikal tetapi rohani
bilamana kita membicarakan soal rohani
hati yang memainkan peranan
hati juga mahukan kecantikan
hati juga mahukan "glamour"
tapi pernahkah kita bertanya pada sendiri
cantikkah hati aku?
(bukan liver ye)
hati yang kita bicarakan di sini ialah hati yang hanya boleh dinilai oleh Allah
dan dirasai oleh setiap individu

isk3..
macam mana nak cantikkan hati kita?
kalau manusia mencari pelbagai kosmetik untuk muka mereka
maka kita juga perlu mencari kosmetik untuk mencantikkan hati kita
~membaca dan memahami al-Quran
~berzikir
~solat malam
~banyakkan berpuasa
~berkumpul dengan orang2 soleh
dan yang lebih penting mengenali siapa itu Allah
bukan hanya mengetahui Allah itu tuhanku
tapi tidak pernah mengambil tahu apa yang Allah suka dan apa yang Allah tak suka
pemahaman mengenai sifat2 Allah itulah yang menjadikan kita berusaha untuk mencantikkan hati kita agar sentiasa dekat kepada Allah

maka oleh itu,
jom kita cantikkan hati kita kawan2
sebab nanti apabila telah mati, setiap amalan kita akan dibawa ke langit untuk ditapis
dan apabila telah melepasi langit yang ke-7
tiba2 amalan kita ditolak..
kerana apa?
kerana tiada keikhlasan dalam menjalankan amal ibadat
dan keikhlasan itu adalah berkaitan dengan HATI


"sesungguhnya Allah tidak memandang rupa, tubuh dan hartamu, tapi Allah memandang hati dan amalmu" HR Muslim



perlu diingat untuk membentuk hati kita menjadi cantik
ia mengambil masa yang panjang
jangan berputus asa!
selamat beramal ibadat;)


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, June 3, 2009

yang lalu biarlah berlalu

mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan tidakan yang bodoh dan gila. (bole je kalo nak bersedih tapi jgn lebih2 ye) .Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar mencari cahaya kerana walaubagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir!

Dengan kembali masa lalu, beerti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tidak akan ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu . Hal tersebut sangat merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

dalam sebuah riwayat ada diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Mereka bertanya kepada keldai:

" Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?"

"kerana aku tidak suka kebohongan", jawab si keldai

manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belekang (ala..teringat pulak citer JGN PANDANG BELAKANG..hehe), kerana angin akan terus berhembus ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan..

oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan
teruskan usaha!!!

adaptasi dari sebuah buku-la tahzan

p/s: kdg2 lipatan masa lalu dibuka adalah untuk mengambil pengajaran;)

~ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~