Sunday, December 5, 2010

di atas kalimah LA ILAHA ILLALLAH

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah

berapa kalikah kita mengucapkan perkataan di atas dalam kehidupan seharian kita?
tentu hari-hari kita akan menyebutnya di dalam solat kita
dan adakah kita benar-benar menghayati pengertiannya
simple kan?
tapi itulah perkataan yang membezakan di antara Islam dan kafir
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
bermakna kita mengaku dengan hati,
mengucap dengan lidah
dan mengamalkan dengan perbuatan
itulah bentuk keimanan kita kepada Allah
tapi adakah kita benar-benar memahaminya?
adakah benar kita mengenal Allah dengan sebenar-benarnya
ya betul
kita mengaku bahawa Allah itu tuhan kita
tiada tuhan selain Allah
dan Allah itu Maha Esa

pepatah ada mengatakan
kalau tak kenal maka tak cinta
dan saya mengatakan
kalau tak KENAL Allah
macam mana kita nak dapatkan CINTA Allah?
maka kenal lah Allah
carilah Allah
rasailah Allah
semoga apa sahaja yang kita buat
Allah merupakan tempat yang teratas
sangat susah untuk merasai kehadiran Allah
tapi sekurang-kurangnya kita bole cuba
bermula dengan solat
sebab waktu solat itulah masa yang diperuntukkan untuk kita bertemu
dengan Allah

eh
macam mana nak kenal Allah?
cuba sekali lagi kita hayati pengertian LA ILAHA ILLALLAH
tiada tuhan selain Allah
aplikasikan kefahaman kita dalam bentuk perbuatan
bila kita faham makna tersebut
segala apa yang kita lakukan kita akan berlandaskan perintah Allah
Allah tak suka aku buat inilah
Allah tak suka aku buat itulah
tapi ingat
kita sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari sebarang dosa
tapi bila kita sentiasa ingat bahawa Allah itu adalah tuhan kita
sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan dosa kita
adalah mustahil bagi seorang manusia untuk bersih dari segala dosa
tapi sekali lagi diingatkan bahawa
kita boleh MENGURANGKAN dosa

oleh itu
untuk tahun baru akan datang
mari kita memperbaharui kalimah LA ILAHA ILLALLAH
dengan keyakinan dan kefahaman yang baru
kita akan lebih mengenal Allah
kita akan mencari dan mencari cinta ILAHI


My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You... Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know our God
Feel the tortures of hell's fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
by :raihan

tak kenal maka tak cinta
JOM kita kenal Allah!:D




~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~