Saturday, December 19, 2009

tahun baru, azam kene baru gak ke?

terasa cam semalam azam ingin menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur daku rasakan..
tapi sebenarnya dah setahun masa meninggalkan daku..
tanpa disedari tahun baru menjelma..
benarkah azam tahun lepas telah kucapai..
atau ia hanya sekadar azam yang
mengisi perbualan sehari-harian..
terasa azam tahun lepas tidak mampu aku rasai lagi..
aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur
dengan bersyukur aku akan lebih berusaha untuk khusuk dalam solat
dengan bersyukur, aku ingin redha dalam apa jua yang telah ditetapkan
dengan bersyukur, aku tidak mahu membanding2 kan diriku dengan mereka
dengan bersyukur, semoga hatiku menjadi tenang
dengan bersyukur, semoga pemikiranku tidak sempit
kerana semua yag berlaku pasti ada hikmahnya
namun sepanjang tahun yang lalu
adakah aku mampu laksanakan kesyukuranku dengan baik?
adakah aku mampu menghayati pengertian syukur?
hmm..
aku tidak mahu kesyukuran itu hanya dijadikan azam semata-mata
tapi aku ingin sematkan ia di dalam hati
agar aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang bersyukur
semoga dengan bersyukur, aku sentiasa mampu berfikiran positif:)
tahun baru, niat baru
niat ikhlas kerana Allah
ikhlas..
ikhlas..
terkadang ia sangat susah untuk dilaksanakan
tapi tak mustahil untuk diamalkan:)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Saturday, December 5, 2009

krisis identiti??

benda paling susah sekali..
apabila terjadi konflik dalam diri..
kalau dengan orang lain bolehla dibiarkan..
ataupun..
kalau da tak tahan, xyah layan individu tersebut..
tapi bila ia berkaitan dengan diri?? apa nak buat?
bingung menguasai diri..
otak kanan dan otak kiri cabar-mencabar..
bak kata emak..
biasalah...
kamu tengah mencari identiti diri..
tp kan akak dah 20 tahun..
(nak protes diam2 bahawa diri ini dah cukup matang)
yang penting kene berdepan dengan diri..
tak boleh dibiarkan..
bila perasaan berlawan dengan logik..
perasaan sering mengambil alih tempat..
dibiarkan logok terkapai-kapai..
tapi bila logik yang mendahului..
terasa macam tak berhati perut..
maaf, entry kali ini berkaitan dengan krisis diri..
sampai aku pun pening memikirkannya..
any idea??
hmm..*kebingungan*


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~