Saturday, May 30, 2009

hari-hariku

"dambakan air matamu di kaki sejadah, ubat jiwamu di dada solat. Hilangkah resahmu di genggaman doa, serahkan hatimu pada DIA yang Esa, selamat berjuang!"

sms yang diterima dari seorang senior
mengingatkan diri agar sentiasa mengingati Allah
bukan hanya di kala waktu peperikasaan
bukan hanya di kala waktu kesusahan
tapi di kala waktu kesenangan
terasa diri begitu kerdil
kerana solat malam tidak lagi sekerap dulu
mungkin akibat terlalu penat
padahal di waktu itulah rasanya
aku mampu meluahkan segala-galanya
hanya aku dan Allah
betapa aku merindukan saat itu;)

"weh, takpe ke aku makan depan ko?"tanya seorang rakanku, JJ (bukan nm sebenr)
akibat penat study, si JJ nie teringinla nk mkn es pisang hijau

"tak pelah, aku bukan budak kecik lagi nak terliur ngan es pisang hijau tu" selorohku dengan nada bergurau

"ish, kalo aku da tak tahan.. lagi2 bab makanan" sambung yang lain

hari itu ak berpuasa (khamis lepas)
aku melihat puasa itu
bukan setakat untuk menahan lapar dan dahaga
tapi untuk menahan hawa nafsuku
terasa ada perkara yang perlu diperbaiki
kerana hawa nafsu ini seringkali melakukan maksiat hati
lalai, berburuk sangka dan macam2 lagi
maka digagahkan diri untuk berpuasa
untuk menilai mampukah ia bertahan
alhamdulillah, aku mampu untuk berbuka tepat pada waktunya
tapi bagaimana dengan hawa nafsuku?
hmm..masih ada yang perlu diperbaiki
untuk mendiagnosis sesuatu penyakit, tentu ada parameter yang perlu ditetapkan
begitu juga dengan hawa nafsuku
maka puase adalah sebagai salah satu cara untuk aku menilai parameter hawa nafsuku

p/s:terima kasih kepada jj sebab ada niat nak kejutkan aku sruh qiam..
tapi kdg2, xdgr pun hp tu bunyi..(^-^)
(indahnya ukhwah itu andai ia mendapat keberkatan Allah)


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, May 27, 2009

maaf

saya tahu semua orang sangat sensitif pada masa ini
semua orang perlukan masa untuk bersendirian
dan semua orang perlu fokus
maaf dipinta kepada sesiapa yang terasa dengan perkataan saya
maaf dipinta andai kata2 ini menyakitkan hati
maaf dipinta andai perbuatan ini mengguriskan hati
saya berdiam bukan bermakna saya setuju
saya diam sebab nanti perkataan saya akan menyakitkan hati sahabat saya
maka adalah lebih baik saya diam
cuma kadang2 tak tahan dengan perasaan yang dipendam
maka saya akan mengalirkan air mata ditengah2 mereka semua bergembira
namun jangan jadikan sifat pendiam saya sebagai satu alat untuk mereka
mempermain2-mainkan saya
maaf sekali lagi
maaf
maaf;)

"ya Allah ampunilah segala dosa2ku dan dosa rakan2ku..jadikan kami sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Mu"

p/s: adakah saya selalu diam?hehehe..
kdg2 bising jugak dengan mereka yang rapat

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Tuesday, May 19, 2009

masa

masa
salah digunakan..
kelak akan membinasakan diri..
terkadang terasa waktu yang dihabiskan hanya mengeluh
mengira nikmat yang tak kesudahan..
xabis2 dengan keluhan kecil
ini tak cukup
itu tak cukup
tak habis2 dengan perkataan kalau
bukankah 'kalau' itu memberi laluan kepada syaitan?
kalaulah aku belajar betul2
tentu aku dapat g tempat lagi bagus
kalaulah dulu aku amek kos lain
tentu aku tak merana sebegini
kalaulah aku sebaik beliau
tentu aku disukai ramai orang
terlalu banyak kalau..

setiap benda mempunyai hayat hidupnya
begitu juga dengan kita yang mempunya masa yang tertentu

bukankah dalam setiap keputusan yang kau lakukan
kau sandarkan kepada Allah
mengapa sekarang kau merasa menyesal?
farah wahidah tidak akan menyesal dengan setiap langkah yang diambil
tidak pernah kesal kerana belajar di UNPAD..
tidak pernah menyesal belajar di Indonesia..
kerana di sini..
dia belajar apa itu erti ukhwah
dia belajar apa itu erti ketuhanan
dia belajar apa itu erti penghayatan
dia belajar apa itu erti tanggungjawab
dia belajar apa itu erti taufiq dan hidayah
dia belajar untuk menjadi lebih kuat!!

but sometimes she feels lost.
life is so complicated and
she even doesn't have any strength to face it!!


maka
hati mengatakan
kembalilah kepada Allah
carilah jalan untuk mendekatinya
bertanya kembali kepada diri
apakah amalan hati yang telah kau tinggalkan
hmm..
lupa untuk menilainya kembali
di manakah keikhlasan dalam setiap amalan yang kau lakukan?

maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 78:13

p/s:i'll keep on my smiling and have faith in Allah;)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, May 15, 2009

terima kasih

terima kasih
terima kasih..
tiada ucapan yang lebih berharga untuk mereka
~guru2 tadika PASTI islam
~guru sekolah seri chantek
~guru2 sekolah kebangsaan parit sulong
~guru2 sekolah agama parit sulong
~guru2 SMK Dato' Sulaiman
~warga pendidik Sekolah seri puteri cyberjaya
~pensyarah2 Kolej teknologi timur, sepang
~dosen2 Universitas padjadjaran, bandung

kolej teknologi timur, sepang

~rakan2 yang juga merupakan guru2 saya
~dan sesiapa yang pernah memberikan ilmu dan menunjuk ajar kepada saya secara langsung dan tidak langsung..

semoga anda semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah;)
sekolah seri puteri cyberjaya

saya takkan lupa untuk menghadiahkan al-fatihah untuk mereka
itu sahaja yang mampu diberikan untuk membalas jasa baik mereka

merekalah yang banyak berjasa
meningkatkan motivasi saya
membantu saya saat saya dahagakan ilmu pengetahuan
selamat hari guru!!

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Sunday, May 10, 2009

sayangkah saye pade emak?

mak.
akak masih teringat kata2 mak..
pernah satu ketika akak berkata kepada mak.
"mak, akak tak kuat!"
dan mak pun menjawab..
selawat adalah kunci utamanya..

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
Ibn Mas'ud r.a

akak tahu
bukan mudah untuk menjadi seorang ibu..
dan pada yang masa yang sama menjadi seorang isteri..
bilamana kasih sayang seorang suami itu tepaksa dibahagikan..
akak tidak berapa mengerti..
tatkala masyarakat memandang serong..
akak tahu mak terpaksa bersush payah..
mengalihkan perhatian kepada anak2..
bilamana hati terasa sakit terhadap suami..
mak
akak tahu mak bertungkus lumus mengambil alih bebanan itu..
yang sepatutnya milik mutlak si ayah..
bukan menyalahkan si ayah
dan jauh sekali membencinya..
(oh, ayah sy tidak jahat)
mak..
akak tahu bila mana rezeki yang ada
harus juga diberikan kepada 'mereka' yang lebih memerlukan..
dan mak tidak pernah sesekali..
menanamkan rasa benci terhadap yang di sana..
mak.
akak tahu..
rindunya kat mak;)

pabila akak sedih..
mak akan sedih..
dan akak tidak mahu mak berasa sedih..
cuma terkadang akak menyimpan rase sedih itu
akak mahu mak sentiase gembira
gembira mak adalah gembira akak juga
mak
akak tahu
bukan harta benda yang mak mahukan..
akak tahu bukan nilai dunia yang mak harapkan
tetapi doa anak yang soleh dan solehah yang lebih berharga
dan akak akan berusaha untuk mencapainya..
selamat hari ibu!
dan bila ditanya..
sayangkah saye pade mak?
yes, absolutely!!
more than words~
luv u mum
hug n kiss from bandung

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, May 8, 2009

nadirah roslan;)


perkenalan bermula atas nama persahabatan..
dan semoga ukhwah itu berkekalan..
tidak ku sangka.
orang pertama yang tidak dikenali menjadi teman sebilikku..
tanpa diduga,
hari pertama..
masing2 sudah merasa selesa..
dan mampu untuk membuka cerita tentang diri..
dan dari hari ke hari..
aku merasakan perhubungan itu semakin erat..
kami mampu ketawa bersama..
mampu menangis bersama..
tidak perlu untuk mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri..
dia mengajarku erti persahabatan..
dia mengajarku erti lebih mengekspresikan persahabatan..
ada kalanya aku berkecil hati kepadanya..
namun aku sedar dia juga punya kekurangan
tatkala diri dirundung sedih,
dia mampu membaca hati ini..
sehingga air mata yang selama ini tidak pernah dilihat oleh orang lain..
jatuh di hadapannya..
mungkin dahulu aku memang tidak mengerti erti persahabatn..
sewaktu di ssp dahulu..
aku juga mempunyai kawan yang rapat..
namun ia tidak kekal lama..
seakan-akan ada jurang di antara kami..
aku mahu merapatkan jurang tersebut..
namun aku tidak upaya..
dan akhirnya kami tidak lagi serapat dahulu..
pengalaman itu mengajar aku untuk lebih menghargai sebuah persahabtan..

kini
kau dan aku tidak lagi belajar di tempat yang sama..
tidak lagi belajar di rumah yang sama
tidak lagi belajar di bilik yang sama..
tapi kita masih belajar di negara yang sama!
selamat hari lahir nadirah!!
anda sudah 20 tahun..
semoga masa yang tinggal untuk hidup di bumi ini..
dapat digunakan sebaik-baiknya..
salam rindu dari bandung..
untukmu yang berada di jakarta!
may Allah bless you always..

p/s utk NADIRAH ROSLAN: cam nielah gayenya kalo asik xdpt cll ko je na dr td..
ngeh3~




~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Sunday, May 3, 2009

24 hours

"wahai orang2 yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan mengingati nama-Nya sebanyak-banyaknya"33:41

"maka ingatlah kepada-Ku. Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
2:152

dalam 24 jam
berapa kali dalam sehari kite ingt kepada Allah?
adakah dalam waktu solat sahaja?
masa solat pun belum tentu ingat Allah sepenuh mase..
masa solat itu jugalh
teringat benda2 lain..
hatta kunci yang hilang pun
boleh jumpe balek disebabkan teringat waktu solat..
mari kita sama2 renung2kan;)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~