Monday, June 28, 2010

senyumlah seindah suria:)


berehat di kala tutor




group 29 sem ke-4 (priya takde)

kami bersama-sama bermain boling:)


lunch di bsm

sempat cik hajar kite berposing masa maen bumper car!


candle light dinner (nie baru desert tau)

walau hanya sebentar kita bersama satu group
ia membawa kenangan manis
kami bersama sebagai satu group untuk semester keempat
terasa bagai baru semalam mendaftar sebagai tahun dua
dan ternyata sebenarnya tahun dua baru sahaja meninggalkanku
belajar di tempat orang memang banyak yang boleh dipelajari
kalau dahulu,
terasa jeles melihat kawan2 yang berada di luar negara main salji
tapi sekarang terasa jeles melihat rakan2 yang hanya belajar di Malaysia
betapa manusia ini tidak pernah merasa bersyukur
walau hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk pulang ke tanah air
tapi ia mengambil masa setahun untukku pulang ke tanah air
terasa sesak di dada
walau dicari kegembiraan itu bersama teman
walau dicari kegembiraan itu bersama aktiviti2
tetapi kerinduan tetap menjelma
apa kene ngan aku sekarang?
aku tidak tahu
rasa macam nak balek malaysia sekarang jugak
if only if
dah
takde kalau2
you have to be strong!
apapun, rasa gembira dapat keluar dengan mereka:)
semoga kami semua berjaya naik tahun 3



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, June 11, 2010

mereka berperang, saya berjuang!

di sana, mereka berperang
di sini saya juga berperang
cara kita berbeza
tetapi mungkin matlamat dan tujuan kita sama
semoga mereka yang berada di palestin diberikan kekuatan untuk tetap terus berjuang
dan saya akan tetap berperang
berperang dengan hawa nafsu, memboikot2 barang israel!
saya juga berperang dengan pena dan akal fikiran
peperiksaan akhir tahun dua
baru sahaja berlangsung:)
maafkan diriku andai ada yang terkecil hati
aku insan biasa yang cuba mencari keredhaan Allah dengan ilmu yang telah aku pelajari~
semoga diberi kemudahan untuk menghabiskan pelajaranku

jadual exam
7 -10 :OSCE
11 jun : final ethics paper (BHP)
14 jun : final public health (PHOP)
kewarganegaraan
15 jun : compre PHOP,
final community research program (CRP)
16 jun : Final Hematoimmunology system
17 jun : compre BHP
compre CRP
18 jun : lab CRP
21-24 : SOOCA
25 jun : compre HIS and dermatomusculoskeletal system

perjalananku baru sahaja bermula
jangan menyerah dan berusaha selagi mana yang boleh!

dont study last minute but study till the last minute:)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, June 2, 2010

dilema

Dilema seorang insan
tiap insan diberi 2 pilihan
tiada ketiga mahupun keempat
tiada perkatan di antara benar dan salah
tiada perkataan di antara halal dan haram
kalau ada, ia hanya shubahat
dan adalah lebih ditinggalkan
tiada perkataan di antara di antara ya atau tidak
kalau adapun ia hanyalah mungkin
terlalu banyak alasan kita
terlalu banyak dalih seorang insan
yang salah tetap salah
yang benar tetap benar
yang hak tetap hak
dan yang batil tetap batil
tapi insan selalu membolak-balik
perkara batil dianggap benar
perkara benar dianggap batil
sehingga pada satu saat
kita terperangkap di antara hak dan batil
Dilema seorang insan
selalu terperangkap di antara keperluan dan kehendak
di antara nafsu dan akal
sedangkan panduan sudah di depan mata
rujukan sudah diberi
Al-Quran kitab panduan terbaik
menerangkan yang lepas, sekarang dan akan datang
tetapi insan tidak menghargai, tidak menghayati
bacaan hanyalah sekadar bacaan
terjemahan hanya sekadar erjemahan
tiada langsung penghayatan di situ
rutin hanya sekadar rutin
tidak pernah menghargainya
tidak pernah mensyukurinya
ke manakah hilangnya kesedaran itu?
sakit, pedih bila memikirkannyan
adakah hati sudah diliputi noda dan hitam?
ambillah masa berfikir sejenak
kita hidup bukan sia-sia
kita hidup bertujuan
dan tujuan itulah yang perlu kita cari dan hayati~

jangan terlalu leka dengan keselesaan wahai diri ini!


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~