Thursday, February 4, 2010

a walk to remember

berjalan di bumi jakarta merupakan satu pengalaman yang menarik
keseronokan melihat kemajuan dan mall yang berlambak-berlambak
hanya boleh dirasakan sebentar
keseronokan memang sementara
namun kenangan itulah yang kekal
jakarta,
di satu sudut yang lain,
nampak begitu mewah
nampak begitu indah dipandang dengan bangunan yang mencakar langit
namun di satu sisi, kelihatan sungguh daif
mungkin raut wajah mereka tidak menggambarkannya
mereka gembira dengan apa yang ada
dan menikmati hidup mereka seadanya

beberapa hari di jakarta
banyak pengalaman yang aku alami
apabila anda mahu ke sana-kemari,
panggil saja taksi, pasti ada
seperti angkut yang berlambak di jatinagor,
seperti itu jugalah taksi berada di mana-mana
tapi awas, duit akan mengalir seperti air!
alternatif lain?
busway, bajai, angkut, train pun ada
tapi biasalah, mereka akan mengambil masa
keselesaan perlu dibayar dengan wang!
terasa sangat bersyukur apabila tinggal di cikuda
mungkin jiwa kekampungan yang lebih sesuai untukku

di sini juga aku belajar sesuatu
mungkin ini hanyalah sebagai permulaan
rundingan dibuat bersama orang besar di kedubes
mengajar aku untuk menjadi lebih bersedia
mengajar aku untuk menjadi seorang yang sangat teliti dalam hal yang remeh temeh
dan juga mengajar aku untuk lebih befikiran positif!
terasa urusan organisasi itu sangatla susah
dan melecehkan! iye ke??
ada satu ketika terasa ingin menjadi full time student
yang hanya tahu mengadap buku
tapi mana boleh!
kemahiran bersosial, kemahiran berorganisasi dan kemahiran berinteraksi
itu, tidak boleh dipelajari dalam dewan kuliah

you have to discover it and learning is by doing!


perkara-perkara sebeginilah
yang selalu menjadi dilema
sunnatullah dan syariatullah perlu berjalan seiring
untuk menjadi seorang muslim sejati
apa yang perlu dilakukan adalah
mengikut kata hati dan berfikir dengan akal
semoga segala urusanku mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah:)

* walaupun berjalan2, tapi jangan lupa selawat selalu- pesanan emak
**jom kita berjalan sambil berfikir!

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~