Friday, October 29, 2010

random

baru-baru ni
banyak benda terjadi
mungkin boleh dihimpunkan sebagai pengajaran
kerana setiap apa yang berlaku itu
tidak pernah sia-sia
setiap apa yang berlaku
tentu ada tujuannya

1. Organisasi
Dalam berorganisasi, ada etika dan strategi. etika berkaitan dengan akhlak dan akhlak berkaitan dengan sikap. sikap terhadap ketua, sikap terhadap rakan-rakan dan sikap terhadap diri sendiri. Dalam berpersatuan perlu ada ketua sebagai pemikir dan penggerak tetap itu tidak bermakna ahli yang lain hanya menadah dan membuat kerja. Namun,tidak semua orang boleh menerima arahan dan tidak semua orang boleh memberi arahan. Kombinasi itulah yang menyebabkan kita menjadi satu. Semoga kita berusaha untuk meningkatkan kemahiran berpesatuan!;)

2.hati
hati sering kali berbolak balik. Kadang kali baik dan kadang kala jahat. Hati boleh dibersihkan melalui amal-amal ibadah seperti zikir dan puasa dan hati boleh menjadi buruk dengan hasad dengki. Untuk tidak membiarkan hati menjadi hitam dan mengeras (macam ala2 necrosis tu), maka kita kene selalu menilai hati kita. Jangan kata bila anda dah menutup aurat, menjaga percakapan dan melakukan kebaikan, anda bersih dari penyakit hati. Kadang-kadang kita tidak sedar dengan melakukan kebaikan kita menjadi riak, dengan menutup aurat yang selengkapnya kita menjadi buruk sangka terhadap mereka yang tidak menutup aurat dan dengan menjaga percakapan kita merasa sudah menjadi orang baik. TIDAK sama sekali kerana Allah melihat kepada niat kita. Jadi selalu betul-netulkanlah niat anda ye! Berdoalah agar sentiasa istiqamah dalam melakukan amal ibadat dengan niat yang betul.


3.bersyukur
Sentiasalah bersyukur dengan setap nikmat yang Allah berikan. Jangan hanya melihat keseronokan dan kebahagiaan pada orang lain seolah-olah kita tidak pernah mendapat kebahagiaan langsung. Jalanilah hari-hari mendatang dengan hati yang terbuka dan minda yang sentiasa berfikir positif. (nie sangatlah susah nak dipraktikkan, cakap je senang!haha)


*ini adalah daripada pengalaman diri sendiri, jadi sambil menulis, sebenarnye ditujukan kepada diri sendri. Mudah-mudahan diri ini bertambah baik.



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Sunday, October 24, 2010

jeles~

baru-baru nie
terasa kepenatan yang amat sangat
jalan skit je dah rase sangat penat
lepas baik demam
rasenye cepat je nafas nie naik turun
sebab tu senang je rase ngantuk
(alasan je tu) heh
ok2, straingt to the point

setiap apa yang berlaku terhadap diri kita
merupakan satu hikmah
sama ada kita mengambil pengajaran
atau tidak itu terpulang kepada kita
mengapa perlu ada rasa iri hati
mengapa perlu ada rasa tidak senang
melihat kebahagiaan orang lain
padahal Allah telah tetapkan sesuatu yang sesuai untuk kita
bukankah Allah lebih mengetahui hamba-hambanya?
sekalipun kawan rapat, keluarga tidak dapat mengenal kita yang sebenar-benarnya
kerana pasti ada rahsia yang tersembunyi
yang hanya diketahui oleh tuan empunya diri
dan Allah
andai ada rasa iri hati
terhadap kurnia nikmat yang dberikan
berfikirlah sejenak
patutkah aku mempersoalkan rezeki orang lain
bak kate pepatah
gajah depan mata tak nampak
kuman seberang laut boleh nampak
mohonlah kurniaan itu dari Allah
kerana Allah yang lebih mengetahui.

ini adalah peringatn untuk diri yang suke jeles especially sape yang dapat duit biasiswa tu.
hehe.
ok2, kene SABAR
sikit je lagi duit elaun masuk.


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Monday, October 4, 2010

oh saya yang kini

naik tahun baru,
perangai kene berubah
kene sentisa fikir positif. Dah tak boleh sedih-sedih.
biasela dalam hidup banyak dugaan
tapi dugaan itulah yang mewarna-warnikan hidupku sekarang:)
cuma sekarang tak sempat-sempat untuk menulis
kerja banayak tak berhenti-henti
bukan setakat homework sekolah aje
tapi terlibat dengan program yang tidak berhenti
meeting sana sini
kadang balek sampai lewat malam
dahlah rumah terceruk
hahaha
tapi tetap gembira
sebab bila kita sibuk,
kita akan lebih menghargai masa
nanti dah kerja lagila sibuk
upcoming event: Bandung Games!!!
wow..pertama kali dapat jadi ajk untuk event yang besar
semoga dipermudahkan segalanya!
:)))))))


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~