Tuesday, June 21, 2011

yes i do!

i do love lyrics

i do love poem

i do love reading

because those words are beautiful

those words fill my heart

touch my heart

open my heart

that you can always look the world

on the bright side

see the nature as they are

feel it and smile with it

because everytime you look at it

you will remember that

Allah is always there

Allah is my everything.



* sorry. i dont always update my blog. i just write when i have the feeling to write.
** my update is on my tumblr

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, February 2, 2011

hidup bukan sia-sia

oh kehidupan
hidup bukan sia-sia
terlalu banyak berita yang kita dengar setiap hari
terlalu banyak peristiwa berlaku setiap hari
bermula dari banjir di Malaysia
pergolakan politik yang tiada penghujungnya
sehinggalah pergolakan di Mesir
begitulah dunia
begitulah kehidupan
setiap apa yang berlaku
tentu ada hikmah dan pengajaran

namun
apakah reaksi kita?
duduk diam?
atau berdoa?
atau melakukan sesuatu?
atau kita hanya bereaksi dengan kata-kata
menuding pihak-pihak yang belum tentu salah atau benarnya
mungkin apabila soal negara dan dunia dibicarakan
ianya terlalu besar
mari kita melihat skop yang lebih kecil
asas kepada setiap satu sistem
asas kepada kenegaraan
iaitu individu

inti dari post ini adalah anda
wahai pemuda dan pemudi
jangan sia-siakan diri ini dengan kelalaian duniawi
ya betul anda boleh bergembira
tetapi jangan sampai kegembiraan melalaikan anda
jangan sampai kesedihan pula menyelubingi anda
kuatkan diri anda
dengan jati diri yang benar
kenali hakikat diri
bermula dengan mengenali pencipta kita Allah
fikirlah dan terus berfikir
kerana Allah tidak pernah menjadikan hidup ini sia-sia
selamat berjuang kawan-kawan


*post ini hanyalah sebagai pencetus idea untuk berfikir
** jangan jadikan hidup anda 'dull' dan bosan kerana anda menggalas amanah di muka bumi ini!sedarilah wahai teman2.
*** alamak, post ini macam serius sgt. heeee:D


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Wednesday, January 26, 2011

paksa atau rela?

pernah tak terfikir
bila kita melakukan sesuatu yang tidak disukai
kita seakan akan meMAKSA diri
tapi bila kita melakukan mengikut kesukaan kita
kita merasa kita sudah melakukan sesuatu dengan RELA hati
tidak semua keterPAKSAan membuahkan hasil yang tidak baik
dan tidak semua keRELAan membuahkan hasil yang baik
apa yang kita mahukan adalah hasil yang terbaik
sama ada RELA atau paksa itu terpulang kepada diri sendiri
mungkin ada orang berpendapat
berbuatlah sesuatu menurut apa yang kamu suka
jangan berbuat sesuatu menurut apa yang tidak disukai

hmmm..mungkin
pernyataan itu boleh diaplikasikan pada satu tahap
ada satu tahap di mana kita terPAKSA membuat apa yAng tidak disukai
demi mencapai hasil yang terbaik
contohnya perasaan malas yang sering kita rasa
walau macam mana pun anda RELA dengan pelajaran anda
tapi ada masa kita terPAKSA merajinkan diri
demi mendapat keputusan yang baik
ataupun
pernah tak kita rasa kita sangat suka satu baju
sesuai dengan bayangan di minda
tapi bila dibelek2 kembali, baju tu kecik dan sendat tidak sesuai untuk dipakai
maka kita terPAKSA untuk melupakan hasrat membeli


dalam kehidupan
banyak keterPAKSAan yang harus dilalui
banyak keterPAKSAan yang membuahkan kebaikan
jika kita mahu berubah
kita harus meninggalkan perangai dan tabiat lama
bukankah itu juga merupakan satu keterPAKSAan?

oleh itu, PAKSAlah diri anda pada benda-benda kebaikan
ada kala keterPAKSAan itu perlu bagi mencapai niat yang ikhlas
tapi jangan terlalu memaksa diri
ikutlah kemampuan anda seadanya!
selamat bermujahadah:D



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Friday, January 21, 2011

diary exam 1

salam pembuka

ho yeah!!!
disebabkan sedih yang tak habis2, so nak citer ckitla
ambillah pengajaran dari cerita ini
moga ia bermanfaat

day 1: osce
ini adalah ujian skills atau kemahiran
dalam ujian ini ada 10 stesen dan kene selesaikan dalam masa 10 minit
maksudnye habis satu stesen je, dah kene pindah stesen lain
penatlah jugak tapi rasa takut dan cuak mendahului segalanya
cuma ujian kali ini takdelah rase 'nervous' sangat

nak dijadikan cerita, ak GAGAL satu stesen.
keoutusan penuh belum keluar lagi dengan baik hatinya dokter itu telah bagitau aku
maka jadilah ak fail
nak tahu sebab apa?
aku dapat kes hentikan pendarahan kat hidung belah kiri seorang pesakit
haa punyelah confident masukkan segala kain untuk hentikan pendarahan
lupa pulak naka pakai NASAL SPECULUM
(alat yang dimasukkan sesuatu ke dalam hidung)
apa tak sengalnye aku?
bole la pulak lupa saat waktu kritikal
lepas tu dahla salah masukkan kain tu
soalan kata KIRI
aku masukkan belah KANAN
Dokter dah bagi hint dan dah tegur
tapi dengan muke blur dan rase tak bersalah
aku buat ikut sesuka hati
yang penting dalam masa 10 minit itu da siap semua prosedur
maka jadilah aku fail sebab tak ikut prosedur yang betul

walau seyakin mana pun anda dengan prosedur anda
yang penting skills kene betul ok?
jadi dalam kehidupan ini,
walau sedalam mana pun teori anda tentang kehidupan
tapi yang penting APLIKASI
walau sedalam mana ilmu pengetahuan anda
tapi yang penting AMALAN:D
selamat belajar!
heee:D




~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

Thursday, January 6, 2011

herself!

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha penyayang

wah!!
dah masuk 2011
cepatnye masa berlalu
tanpa sedar betul x?
hmm..
rsnye post2 tahun lepas
macam banyk yang sedih2 dan serius
mungkin di alam maya
saya tak pandai nak meluahkan kegembiraan
hanya menulis dikala kesedihan
sebab tyme tu ad feel pulak nak menulis
hahaha
sebab dah jadi tabiat saya
suka nangis sorang2
suka nangis waktu berjalan kat tengah2 xde orang
dan suka menangis kat surau mall ntah mane2
paling2 pun dalam bilik air
hahaha
lepas tu dah ok
heee:D

untuk tahun 2011 nie
saya nak kenal diri saya
alamak
dah terlambat nak kenal diri sebab dah 22 tahun!
TIDAK ada perkataan terlambat bagi saya
pengenalan diri adalah sepanjang hayat
untuk kita sentiasa berubah
dengan niat yang lebih baik
ingatlah bahawa kita tidak akan pernah sempurna
tetapi ketidaksempurnaan itulah yang mewujudkan satu ruang
satu ruang untuk memperbaiki diri sendiri

to let another into your heart, first let yourself in!
p/s: terima kasih kepada team BELASAHJELAH kerana telah memberi award kepada saya. hehe
ok. korang boleh stalk page mereka jugak!:D



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~