dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasih
hmm..
hari ini aku berfikir lagi
apa yang telah aku lakukan selama cuti yang hampir 2 bulan?
berapa banyakkah buku ilmiah yang telah aku baca
atau berapa banyakkah pengalaman yang telah aku kutip
well..
helaian yang setebal buku teks harpers biochem pada mulanya menarik perhatianku
dan aku mula membacanya dari satu bab ke satu bab
tapi sampai sekarang tak habis lagi dibaca
jadi masa yang tinggal 2 minggu lagi nie,
akanku berusaha untuk menghabiskannya
namun
bagiku walaupun hanya setakat satu buku yang tebal
telah membuatku berfikir
(berfikir lagi?)
bahawa sejarah nabi amat penting
bukan hanya setakat nabi muhammad
tetapi kesemua 25 nabi yang waijb diketahui
sometimes we take things for granted
aku merasakan dahulu sejarah agak membosankan
kerana terpaksa menghafal satu-persatu peristiwa yang aku sendiri kadang-kala tidak mengerti
tu waktu zaman sekolah dululah
namun, masa yang berlalu pantas telah menyedarkan aku bahawa sejarah amat penting
sejarah juga menjadikan inspirasi dan motivasi
aku lebih suka memilih sejarah tentang kenabian dan para sahabat
kerana semangat yang mereka tonjolkan sangat luar biasa
jika aku berada di tempat mereka
adakah aku akan jadi seperti mereka?
namun apa yang pasti
minatku pada sejarah sedang berkembang
dan berharap ia tidak seperti hangat-hangat tahi ayam
aku ingin berkongsi dengan mereka tentang sejarah nabi adam
bila bercakap pasal nabi adam mungkin ramai yang sudah mengetahui bagaimana adam diciptakan, kemudian tinggal di syurga dan akhirnya telah dicampak ke dunia
tapi ada satu part yang menarik perhatianku
dan berharap kisah ini akan menjadi perkara yang bermanfaat bagi kita semua
....
kisah tersebut akanku ceritakan dalam next entry ku
insya-Allah:)
~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~
"sesungguhnya Allah tidak memandang rupa, tubuh dan hartamu, tapi Allah memandang hati dan amalmu" HR Muslim
Thursday, August 13, 2009
sejarah membosankan? [part 1]
Monday, August 10, 2009
what drive you the most

rehlah mahabbah-summer camp09
awesome!!
dimulakan dengan basmalah
sudah lama rasanya jari-jemari ini tidak mengetuk papan kekunci
untuk meluahkan apa yang dirasa
terlalu banyak yang ingin dikongsi dan difikirkan bersama
dari mana nak mula pun
dah tak tahu..
tapi apa yang bermaian difikiranku sehingga sekarang ialah
persoalan yang dikemukakan oleh seorang cardiologist, prof dr latiff
menyebabkan aku mencari-cari jawapan

(p/s: opps..bulatnye tudungku!! hehehe;p)
what drive you the most?
soalan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang tersendiri
berada dalam kelompok pelajar perubatan dari russia
sangat mengujakan di samping mendapat ramai kawan
kami mampu untuk bertukar-tukar maklumat mengenai sistem pembelajaran masing2
indonesia, rusia dan mesir semuanya bersatu dalam sebuah camp
nampak gah kan?
tapi TIDAk bagi kami
kerana banayk tangunggjawab yang harus kami galas
persoalan tadi kembali bertaut
what drive you the most?
even aku dah jadi pelajar perubatan pun
aku masih lagi ragu-ragu tentang persoalan itu
soalan yang biasa akan ditanya kepada kami
nanti nak jd specialist apa?
cardiologist? surgeon? neurologist?
namun..jawapan yang aku beri sebaliknya
saya nak jadi pensyarah
i hope dat the dream will come true
still thinking..
maybe sebb dapat merasa sendiri
perasaan itu apabila diperlekehkan kerana kurangnya ilmu
menyebabkan aku ingin belajar semampu mana yang aku boleh
maka
moral of the story
buat sesuatu itu kerana kamu yang mahu
dulu aku tak reti bezakan di antara kemahuan atau keinginan
ada orang kata mahu dan ingin sama je
tapi bagi aku tidak
kemahuan lahir dari hati
tapi keinginan wujud disebabkan pengaruh sekeliling
so
apa sahaja yang saya lakukan adalah kerana saya mahu
lepas nie sebelum melakukan apa sahaja kene tanya diri dulu
adakah ini yang anda mahu?
atau sekadar ikut2 sahaja?
akhir sekali
semoga ia mendapat keberkatan dan keredhaan Allah
dalam apa jua yang dilakukan:)
cuti da nak abis!!
time is gold;D
~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~
Labels:
diri saya,
saya dengar dan fikir
Subscribe to:
Posts (Atom)