Wednesday, April 8, 2009

kita sama

hati ini milik Allah~

" salam..waed, aku tgh sedih, xtau nape xbersemngt nk stdy..tggl 2 mggu je lg..tiap kali stdy, ak asyik terfikir ak xdpt skor sbb ad 3 sbjek killer..lect kate memg senior dulu pun sush nk skor..aku rsau tkut xdpt pointer above 3..sory la ak tau ko pun rsau exam ko tp ak xtau nk minx nsht sp."


sesaat bila mana mendapat mesej tersebut..
[dari malaysia tu:)..hehehe]
apa yang ingin aku jawab?
adakah nasihat seperti biasa yg ingin aku berikan?
mungkin si dia akan berkata..
'senangla kau kata, kau pandai.., kau tidak berada di tempatku'
hmm..
mungkin aku akan memberitahu apa yang telah aku dapat daripada ceramah..
yang bertujuan disampaikan untuk yang tengah menghadapi peperiksaan
dan pengalaman aku yg hampir serupa dengan kawanku..
aku masih lagi tidak mengerti penghayatan dalam makna tawakal itu sendiri..
mungkin dari segi teori..
memang mudah untuk dilafazkan..
tapi tidak bagi perlakuan..

kawanku,
pernah tak kau rasa sedih sepanjang masa?
kemudian kau menangis..
habis menangis je, kau penat..
pastu tidur?
si dia tergelak dan mengiakan..
betul2!! (gaya si ipin dan upin)
aku juga turut tergelak kerana aku mengalami perkara yang sama..
tenaga yang kau da itu..
telah kau habiskan diri dengan kesedihan yang menyelubungi dirimu
maka, jalan yang terbaik adalah mengatasi kesedihan itu dengan kegembiraan..
lawan dari kesedihan adlah kegembiraan..
bagaimana untuk gembira?
apabila kesedihan itu menyelubungi kamu,
carilah ruang untuk bersama2 rakan..
dengan erti kata kau dapat melupakan kesedihan..
lihatlah alam di sekeliling..
terlalu banyak yang kau tidak memerhatikannya..
kita boleh sedih,
tetapi jangan sampai kesedihan itu meyebabkan kita terjerumus ke dlm dosa..
di mana dengan kesedihan itu kita menjadi sangat lemah..
sehingga meninggalkan perkara hal2 yang diperintahkan..
maka dari segi konteks kita sebagai pelajar,
jangan jadikan kesedihan sebagai penghalang untuk belajar.
yang akhirnya kita lebih banyak masa tidur..
jika kamu penat,
tidurlah,
kemudian bangunlah kembali dan teruskan dengan belajar.
ceriakanlah dirimu,
segala bermula dari minda~


jika kau merasakan tidak puas meluahkan perasaan dengan manusia..
luahkan perasaan itu dengan Allah..
tanpa meluahkan pun Allah tetap tahu,
tetapi tidak ada salahnya jika kita mengadu kepada Allah..
"tapi, aku nie dah jarang solat tahajud.. tu yang susah ckit"

bukan hanya melaui solat tahajud sahaja kita boleh meluahkan segala-galanya kepda Allah..
solat fardhu pun boleh..
zuhurke, asar ke..xkisah
kalau ko meletakkan syarat yang terlalu berat untuk dirimu mendekatkan diri kepada Allah..
kau akan rasa sangat berat dan tidak mampu mencapainya..
mungkin kau boleh meningkatkan lagi penghayatan kau dalam solat2 biasa..
carilah ketenangan di situ..
kau akan temuinya..
bukan dalam masa yang sekejap..
tetapi ia mengambil masa yang lama..
di situlah terujinya kesabaranmu..

mungkin aku cakap terlalu banyak..
dan kau mungkin merasakan berat untuk melakukannya
ambillah apa yang sesuai untuk dirimu..
dengar suara hati kamu
aku hanya memberitahumu mengikut pengalamanku
dan apa yang aku fahami dari sudut pandanganku~

*alamak, saya xingt sume apa yg telah dicakapkan..
mungkin ad sedikit pengubahsuaian tapi isinya tetap sm:)

"dia Allah berfirman, 'berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?'.Mereka menjawab, 'kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari,maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung. Dia (Allah) berfirman,' Kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar2 mengetahui" 23:112-114

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

3 comments:

  1. aslmkum....

    nsihat yang diberikan sebenarnya banyak mengingatkan diri kita sendiri dari orang lain..jadi byk2knlah berkongsi nasihat dgn kwn2...=)

    ReplyDelete
  2. baek drrazi!
    frst comment from you:)

    ReplyDelete
  3. ok waed..aku dah paham..hihi..malu pon ade..alhamdulillah..everything is under control now..

    ReplyDelete

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)