Saturday, December 19, 2009

tahun baru, azam kene baru gak ke?

terasa cam semalam azam ingin menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur daku rasakan..
tapi sebenarnya dah setahun masa meninggalkan daku..
tanpa disedari tahun baru menjelma..
benarkah azam tahun lepas telah kucapai..
atau ia hanya sekadar azam yang
mengisi perbualan sehari-harian..
terasa azam tahun lepas tidak mampu aku rasai lagi..
aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur
dengan bersyukur aku akan lebih berusaha untuk khusuk dalam solat
dengan bersyukur, aku ingin redha dalam apa jua yang telah ditetapkan
dengan bersyukur, aku tidak mahu membanding2 kan diriku dengan mereka
dengan bersyukur, semoga hatiku menjadi tenang
dengan bersyukur, semoga pemikiranku tidak sempit
kerana semua yag berlaku pasti ada hikmahnya
namun sepanjang tahun yang lalu
adakah aku mampu laksanakan kesyukuranku dengan baik?
adakah aku mampu menghayati pengertian syukur?
hmm..
aku tidak mahu kesyukuran itu hanya dijadikan azam semata-mata
tapi aku ingin sematkan ia di dalam hati
agar aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang bersyukur
semoga dengan bersyukur, aku sentiasa mampu berfikiran positif:)
tahun baru, niat baru
niat ikhlas kerana Allah
ikhlas..
ikhlas..
terkadang ia sangat susah untuk dilaksanakan
tapi tak mustahil untuk diamalkan:)

~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

2 comments:

  1. saya juga berharap begitu..

    usaha eh sama2..

    doakan!

    ReplyDelete
  2. Cikgu saya pernah kata

    " Fahmi(dulu orang panggil saya fahmi), usaha itu tangga kejayaan"


    Go wado go

    ReplyDelete

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)