Sunday, January 31, 2010

sorang-sorang?

dahulu..
kalau tengah runsing, aku akan berjalan sorang-sorang dan akan memikirkan masalah aku
kalau otak tengah berserabut aku akan jalan sorang2
sebab aku akan menjadi tidak kisah dengan keadaan sekeliling..
tapi bila semakin dewasa..
terasa ada kepelikan dalam perbuatan itu..
sampai ditegur oleh mak..
hehehe..
maka..
aku tidak lagi berjalan sorang2 dalam keadaan otak tengah berserabut

perkara yang aku ingin lakukan adalah - travel by myself:)
tapi cuma tak smpat nak buat begitu
apabila kita banyak berjalan,
sebenarnya ia membuatkan kita lebih berfikir
dan lebih membuka minda kita
kalau jalan sorang2 lebih membuatkan kita lebih berhati-hati
apabila kita lebih berhati-hati,
kita akan meminta pertolongan daripada Allah
secara tidak langsung kita akan lebih banyak berdoa dan berzikir
tidak semestinya kita berzikir apabila lepas solat je kan?
dalam keadaan duduk, diri, baring..
semuanya boleh

teringat satu peristiwa di mna aku memandu sorang2 di Malaysia
masa tu lesen P je lagi..
tapi tak pasang pelekat P tu..
nak dijadikan cerita ada road block.
kalau tak bernasib baik, memang kene tahan..
tapi adakah aku selalu akan bernasib baik??
hanya doa dan zikir je yang dapat menyelamatkan
maka pengajaran dari hari itu,
kalau berjalan sorang2, memang kene banyak berdoa dan berzikir..
tapi kalau kita jalan ramai2, maka akan kurangkah doa dan zikir kita??
seharusnya semakin banyak kita berdoa
sebab kita tidak akan tahu apa yang berlaku
tapi manusia la kan..
kalau dah ramai2 tu, mana nak ingat doa dan zikir..
berbual dan tergelak2 je..
termasuk aku

bak kate papatah,
jauh perjalanan luas pemandangan
hari2 aku jalan dari rumah aku nak ke fakulti..
tu dikira jauh jugak kan??
aku mengandaikan jauh perjalanan berkait dengan pengalaman
semakin banyak perjalanan yang ditempuh, semakin banyak pengalaman yang diperolehi
dan luas pemandangan itu merujuk kepada keterbukaan minda kita
pengalaman banyak mengajar seseorang untuk melihat dan menilai sesuatu
dari sudut yang berbeza

*terasa semakin lama tulisan tunggang langgang, sebab idea dan pemikiran hanya mampu berlegar di dalam kotak pemikiran. tidak mampu diterjemahkan dalam sebuah penulisan yang baik. maafkan aku teman2:)

*aku berharap cutiku tidak sia2 dan semoga ia menjadi sebuah pengorbanan yang berbaloi kerana tidak dapat pulang ke malaysia..(^.^)



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

3 comments:

  1. bila kita jalan srg2..masa tu fikiran akan terbuka.. mula memerhatikan keadaan sekeliling..

    kita tgk kiri tgk kanan..mula mata tu terbukak..sampai benda2 yang kecik2 pon kita akan perhati..

    waktu tu kita mula berfikir..otak menerawang..terbang ke alam fantasi..tapi akhirnya kita akan sampai balik ke bumi!

    eh! aku srg2 lagi rupanya..masa tu akn fikir pulak mengenai hal diri, kwn2 dan hal-hal semasa..kita mula meneliti, mengkaji dan membuat konklusi..

    nampak seperti orang gila, org lain jln ngan kwn2,aku srg2..apa beza aku ngan org lain??

    rupanya kwn kita sedar, kita lebih matang dari mereka dari segi pemikiran, adakah sbb dia suka menyendiri?

    jawapannya ya!!

    menyendiri bertafakur menyebati dgn alam itu yang menguatkan hati mematangkan diri!! :)

    *biasa lah tu bila lama tak tulis jd mcm tuh..practice makes perfect!!

    ReplyDelete
  2. akupemikir nampaknya semakin cekap mendarat di mana sahaja dan semakin cekap dalam penulisannya.syabas!

    wado,betul2..bila dah lama tak menulis,jari seakan kaku,otak terasa beku,lidah mula terkelu.tapi takpe..practise make perfect.

    ok,berbalik ke tajuk asal.illy pun suka jalan sorang2.ni semua orang sedar kot.dari kat bale macam ni.ramai dah tegur.tapi illy tak rasa jalan sorang2 means kita tade kawan,kita lone ranger or whatever.tapi itulah sebenarnya kita yang suka jalan2 sorang2 ni-kita berfikir sebenarnya.kalau ada orang boleh selesai masalah dengan dok diam,itu bukan illy dan mungkin bukan wado jugak.berjalan tu ada ketenangan,ketenangan yang membuahkan rasionalisme..setiap orang berbeza.tapi illy suka dengan dis way..berjalan dan terus berjalan sebab dengan berjalan baru illy boleh jadi rasional.

    p/s;selamat berjalan2 ke Jakarta.jangan lupa ke Ancol.sangt besh!!=)

    ReplyDelete
  3. yoyo: terasa untuk pertama kalinye ko sokong ak!
    hehehe

    illy: kirenye kite sebulu gak ek? heeeee:D

    btw, thnks 4 ur thoughts!

    ReplyDelete

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)