Friday, October 29, 2010

random

baru-baru ni
banyak benda terjadi
mungkin boleh dihimpunkan sebagai pengajaran
kerana setiap apa yang berlaku itu
tidak pernah sia-sia
setiap apa yang berlaku
tentu ada tujuannya

1. Organisasi
Dalam berorganisasi, ada etika dan strategi. etika berkaitan dengan akhlak dan akhlak berkaitan dengan sikap. sikap terhadap ketua, sikap terhadap rakan-rakan dan sikap terhadap diri sendiri. Dalam berpersatuan perlu ada ketua sebagai pemikir dan penggerak tetap itu tidak bermakna ahli yang lain hanya menadah dan membuat kerja. Namun,tidak semua orang boleh menerima arahan dan tidak semua orang boleh memberi arahan. Kombinasi itulah yang menyebabkan kita menjadi satu. Semoga kita berusaha untuk meningkatkan kemahiran berpesatuan!;)

2.hati
hati sering kali berbolak balik. Kadang kali baik dan kadang kala jahat. Hati boleh dibersihkan melalui amal-amal ibadah seperti zikir dan puasa dan hati boleh menjadi buruk dengan hasad dengki. Untuk tidak membiarkan hati menjadi hitam dan mengeras (macam ala2 necrosis tu), maka kita kene selalu menilai hati kita. Jangan kata bila anda dah menutup aurat, menjaga percakapan dan melakukan kebaikan, anda bersih dari penyakit hati. Kadang-kadang kita tidak sedar dengan melakukan kebaikan kita menjadi riak, dengan menutup aurat yang selengkapnya kita menjadi buruk sangka terhadap mereka yang tidak menutup aurat dan dengan menjaga percakapan kita merasa sudah menjadi orang baik. TIDAK sama sekali kerana Allah melihat kepada niat kita. Jadi selalu betul-netulkanlah niat anda ye! Berdoalah agar sentiasa istiqamah dalam melakukan amal ibadat dengan niat yang betul.


3.bersyukur
Sentiasalah bersyukur dengan setap nikmat yang Allah berikan. Jangan hanya melihat keseronokan dan kebahagiaan pada orang lain seolah-olah kita tidak pernah mendapat kebahagiaan langsung. Jalanilah hari-hari mendatang dengan hati yang terbuka dan minda yang sentiasa berfikir positif. (nie sangatlah susah nak dipraktikkan, cakap je senang!haha)


*ini adalah daripada pengalaman diri sendiri, jadi sambil menulis, sebenarnye ditujukan kepada diri sendri. Mudah-mudahan diri ini bertambah baik.



~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

No comments:

Post a Comment

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)