Wednesday, February 2, 2011

hidup bukan sia-sia

oh kehidupan
hidup bukan sia-sia
terlalu banyak berita yang kita dengar setiap hari
terlalu banyak peristiwa berlaku setiap hari
bermula dari banjir di Malaysia
pergolakan politik yang tiada penghujungnya
sehinggalah pergolakan di Mesir
begitulah dunia
begitulah kehidupan
setiap apa yang berlaku
tentu ada hikmah dan pengajaran

namun
apakah reaksi kita?
duduk diam?
atau berdoa?
atau melakukan sesuatu?
atau kita hanya bereaksi dengan kata-kata
menuding pihak-pihak yang belum tentu salah atau benarnya
mungkin apabila soal negara dan dunia dibicarakan
ianya terlalu besar
mari kita melihat skop yang lebih kecil
asas kepada setiap satu sistem
asas kepada kenegaraan
iaitu individu

inti dari post ini adalah anda
wahai pemuda dan pemudi
jangan sia-siakan diri ini dengan kelalaian duniawi
ya betul anda boleh bergembira
tetapi jangan sampai kegembiraan melalaikan anda
jangan sampai kesedihan pula menyelubingi anda
kuatkan diri anda
dengan jati diri yang benar
kenali hakikat diri
bermula dengan mengenali pencipta kita Allah
fikirlah dan terus berfikir
kerana Allah tidak pernah menjadikan hidup ini sia-sia
selamat berjuang kawan-kawan


*post ini hanyalah sebagai pencetus idea untuk berfikir
** jangan jadikan hidup anda 'dull' dan bosan kerana anda menggalas amanah di muka bumi ini!sedarilah wahai teman2.
*** alamak, post ini macam serius sgt. heeee:D


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

No comments:

Post a Comment

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)