Thursday, June 11, 2009

kamu cantik?

scene 1
"yana, nnti boleh tolong jadi pengapit tak?
ak tak nak jadi pengapit, malulah muka tengah banyak jerawat, tak cantik"

atau

"laki tu hensem..tapi perempuan kat sebelah dia tak berapa cantiklah" komen si A

atau

"sapelah yang nak kat aku nie, dahlah tak cantik..kalau kau lainlah
sure ramai yang terpikat dengan kecantikan kau"

pada lumrahnya manusia inginkan kecantikan
cantik pada pandangan manusia
agar bertambah keyakinan diri
kecantikan fizikal itu terlalu subjektif untuk dinilai
kadang-kadang akan wujud rasa rendah diri sebab dirinya tidak secantik orang lain
merasa sedih kerana hanya disebabkan jerawat yang muncul dan hilang
itu memang lumrah
tapi kadang kala lumrah itu sering disalahertikan
kecantikan yang ada padanya disalahgunakan
kecantikan yang ada padanya digunakan untuk menarik perhatian sang adam
hingga timbul rasa bangga terhadap diri sendiri

kalaulah cantik itu dipandang hanya dari luaran
sudah tentu ramai manusia yang tidak lengkap dan merasa diri itu hodoh akan merasa tersisih
akan merasa terpinggir
tapi persoalannya sekarang ramai yang menjadikan kecantikan itu sebagai first impression
kecantikan menjadi kayu ukuran untuk memulakan bibit-bibit perkenalan
bagi saya bukan semua orang menganggap begitu
seandainya mereka hanya memandang pada kecantikan luaran
sedarlah anda bahawa anda beruntung kerana tidak mempunyai seorang kenalan seperti itu
kerana apabila ditimpa kecelakan yang menyebabkan anda hodoh atau buruk
mereka akan meninggalkan anda!


perlu diingat bahawa Allah itu maha adil..
Allah tidak hanya menjadikan manusia itu secara jasad tetapi juga roh
yang mana kecantikan manusia tidak dinilai secara fizikal tetapi rohani
bilamana kita membicarakan soal rohani
hati yang memainkan peranan
hati juga mahukan kecantikan
hati juga mahukan "glamour"
tapi pernahkah kita bertanya pada sendiri
cantikkah hati aku?
(bukan liver ye)
hati yang kita bicarakan di sini ialah hati yang hanya boleh dinilai oleh Allah
dan dirasai oleh setiap individu

isk3..
macam mana nak cantikkan hati kita?
kalau manusia mencari pelbagai kosmetik untuk muka mereka
maka kita juga perlu mencari kosmetik untuk mencantikkan hati kita
~membaca dan memahami al-Quran
~berzikir
~solat malam
~banyakkan berpuasa
~berkumpul dengan orang2 soleh
dan yang lebih penting mengenali siapa itu Allah
bukan hanya mengetahui Allah itu tuhanku
tapi tidak pernah mengambil tahu apa yang Allah suka dan apa yang Allah tak suka
pemahaman mengenai sifat2 Allah itulah yang menjadikan kita berusaha untuk mencantikkan hati kita agar sentiasa dekat kepada Allah

maka oleh itu,
jom kita cantikkan hati kita kawan2
sebab nanti apabila telah mati, setiap amalan kita akan dibawa ke langit untuk ditapis
dan apabila telah melepasi langit yang ke-7
tiba2 amalan kita ditolak..
kerana apa?
kerana tiada keikhlasan dalam menjalankan amal ibadat
dan keikhlasan itu adalah berkaitan dengan HATI


"sesungguhnya Allah tidak memandang rupa, tubuh dan hartamu, tapi Allah memandang hati dan amalmu" HR Muslim



perlu diingat untuk membentuk hati kita menjadi cantik
ia mengambil masa yang panjang
jangan berputus asa!
selamat beramal ibadat;)


~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

6 comments:

  1. thnk you:)
    semoga diberikan kekuatan untuk mencantikkan hati ini
    amin~

    ReplyDelete
  2. huhu~
    selaluu camtu kan?
    dah cun2 tu nape la x cari pakwe yang cun skali..huhu~
    tp sudah tentu lebih baik yang cun agamanya kan kan kan?

    jd kita pn kenalah mencantikkan agama kita...

    jom!

    ReplyDelete
  3. hmm..btul2..
    yg penting hati..
    kene cantik dn penuh keikhlasan~

    ReplyDelete
  4. ye..saya stuju sama rakan2 saya..
    cantikkan hati..
    cantikkan agama..
    cantikkan diri..
    dalam dan luar..
    insyaAllah Tuhan sayan,manusia pun sayang..

    p/s:sape yg tanak sayang tu suda..tak yah layan :P hehhe..

    ReplyDelete
  5. to bella:
    betul!
    mari berusaha dapatkan keikhlasan dalam segala amalan yang kite wat;)
    p/s: jgn lupe lumba floating kite ek..heheh

    to duha:
    saya nak sayang hati saya;)

    ReplyDelete

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)