Wednesday, June 3, 2009

yang lalu biarlah berlalu

mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan tidakan yang bodoh dan gila. (bole je kalo nak bersedih tapi jgn lebih2 ye) .Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar mencari cahaya kerana walaubagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir!

Dengan kembali masa lalu, beerti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tidak akan ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu . Hal tersebut sangat merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

dalam sebuah riwayat ada diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Mereka bertanya kepada keldai:

" Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?"

"kerana aku tidak suka kebohongan", jawab si keldai

manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belekang (ala..teringat pulak citer JGN PANDANG BELAKANG..hehe), kerana angin akan terus berhembus ke depan, setiap khalifah akan berjalan ke depan..

oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan
teruskan usaha!!!

adaptasi dari sebuah buku-la tahzan

p/s: kdg2 lipatan masa lalu dibuka adalah untuk mengambil pengajaran;)

~ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~

3 comments:

  1. salam waed..
    wah!da baca la tahzan?
    kte lum bukak2 lg..e-book ada..tp cm nak beli yang ori je..
    tga nak khatamkan buku penakluk andalusia..then riyadhus solihin.
    yg ptg, da abis exam skrg!hooray!alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. baru baca yang jilid 1
    jilid 2 ngan 3 tak baca lagi
    sue,
    cam best je buku penakluk andaluisa tu..
    nak bc jugak boleh?
    hehehe

    ReplyDelete
  3. salam wado~
    akak ada buku tu kalo nak pinjam:)

    ReplyDelete

any reaction?
just tell me what's in ur mind:)